Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2009

Entri 4: Seindah Mimpi

I want to be a police. I want to shoot crime.When I big I want to marry. I want to buy a big house. Nurindah tersenyum.Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun menulisnya.Sudah ada gadis idamankah dia? “Betul tak cikgu?” Rizal bertanya, mukanya penuh pengharapan. “Boleh diperbaiki lagi.” Nurindah mengangkat muka. Rizal tersenyum, gembira dengan komen Nurindah. “Sini, cikgu nak tengok karangan Danish pula.” Danish yang berjambul perang   menyerahkan bukunya.Matanya seperti keliru , namun Nurindah tahu Danish bukanlah seperti yang disangka. Dia seperti di dalam dunianya tersendiri, gemar menconteng buku, namun   dalam fikirannnya siapalah yang tahu. “I want to be a pilot.” Nurindah membaca karangan Danish kuat-kuat. I want to be a pilot because I want to fly. I want to go to other country.I want to eat many food.I want to help my mother.I want to help Palestine world. Nurindah terlunga seketika.Sekilas dia memandang Danish, muka budak itu seperti biasa , keliru! “You

Entri 3 : Sedang pasir turut berubah

Hujan menitis laju di luar sana. Bunyi angin sesekali menerpa mengejutkan Nurindah yang sedang mengulangkaji.Siang tadi panas terik, seperti mahu terbakar kulit dibuatnya.Walaupun cuaca kadang-kadang tak menentu tetapi kesihatannya jarang terjejas.Tidak seperti waktu dia bekerja di bandar, dalam tempoh dua bulan pasti dia diserang selsema dan batuk. Bunyi telefon bimbit , Nurindah segera mencapainya. Jarang telefonnya berbunyi apatah lagi waktu sudah hampir pukul sepuluh malam. Nombor yang tak dikenali. “Hello.” “Hello.”Kedengaran suara garau di hujung talian. Lelaki. “Hello, siapa ni?” Nurindah menekapkan telefon rapat ke telinga. “Amirul.” “Amirul...”Ingatan Nurindah berputar-putar.Siapa Amirul? “Kawan Aina.”Amirul memberitahu. “Ooohh..” Baru Nurindah teringat Aina adalah salah seorang kawan yang dikenali ketika menghadiri acara gotong royong di masjid kawasan ini.Aina tinggal di rumah selang dua buah dari rumah Nurindah. Seorang jururawat yang bekerja di hospital berdekata