Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2009

Entri 8: Mawar untuk Nurindah

“Cikgu, ajarlah saya sampai darjah enam.” Baiti memegang tangan Nurindah saat mereka menyaksikan beberapa penghuni asrama berlatih nasyid. “Kalau diizinkan Tuhan.”Nurindah menepuk bahu Baiti.Hatinya sedikit lega melihat Baiti ceria berbanding beberapa hari yang lalu.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh berada di situ memandangkan dia cuma pekerja kontrak.Mungkin sampai akhir tahun ini, mungkin sampai bila-bila.Mungkin, dia cuma menyerahkan hidupnya di tangan Tuhan kerana sesetengah perkara dia tidak   mampu untuk mengatasinya. “Dah, jom masuk kelas.”Nurindah bangun setelah melihat beberapa orang pelajarnya sudah sampai. Nurindah mengeluarkan buku-bukunya tatkala Baiti menjerit.”Eii..cikgu ni tak senonoh!” Nurindah   terkejut, segera diteliti apa yang direnung Baiti.Baiti dengan Maryam ketawa kecil manakala beberapa pelajar lelaki   kebingungan. Sesuatu yang berwarna merah jelas kelihatan di balik beg birunya   yang jarang.Nurindah menjegilkan mata, adakah itu?Tuala wa

Entri 7: Cinta tak kenal usia

“Cikgu kelas ada tak?”Danish berlari mendapatkan Nurindah. “Ada.”Sahut Nurindah, membetulkan beg biru yang berisi buku-buku. “Anak-anak sekolah rendah, masuk perpustakaan. Cikgu dah datang.”Pakcik, salah seorang warden asrama menyuruh mereka. “Mana Baiti?” Pakcik bertanya apabila   kelibat Baiti tidak kelihatan dalam kumpulan kanak-kanak tersebut.”Isk...isk Baiti ni selalu buat hal.”Pakcik separuh merungut   sebelum keluar   dari perpustakaan. “Okay, hari ni cikgu nak buat latihan sikit.”Nurindah mengeluarkan kertas latihan “Perhatian kepada Nur Baiti Abdullah, sila pergi ke perpustakaan kerana kelas sudah bermula.” Nurindah sedikit terkejut mendengar suara Pakcik dari pembesar suara.Nampaknya Baiti akan popular satu asrama.Namun Nurindah akui Baiti agak culas sedikit, langsung tidak mempedulikan kerja sekolah tetapi dia seorang yang ramah. Perlahan pintu perpustakaan buka, Baiti melangkah longlai dengan muka yang muram. “Eiii...apa ni sampai kena panggil.” Seperti bias