Skip to main content

Entri 8: Mawar untuk Nurindah

“Cikgu, ajarlah saya sampai darjah enam.” Baiti memegang tangan Nurindah saat mereka menyaksikan beberapa penghuni asrama berlatih nasyid.

“Kalau diizinkan Tuhan.”Nurindah menepuk bahu Baiti.Hatinya sedikit lega melihat Baiti ceria berbanding beberapa hari yang lalu.Dia sendiri tidak tahu sampai bila dia boleh berada di situ memandangkan dia cuma pekerja kontrak.Mungkin sampai akhir tahun ini, mungkin sampai bila-bila.Mungkin, dia cuma menyerahkan hidupnya di tangan Tuhan kerana sesetengah perkara dia tidak  mampu untuk mengatasinya.

“Dah, jom masuk kelas.”Nurindah bangun setelah melihat beberapa orang pelajarnya sudah sampai.

Nurindah mengeluarkan buku-bukunya tatkala Baiti menjerit.”Eii..cikgu ni tak senonoh!”

Nurindah  terkejut, segera diteliti apa yang direnung Baiti.Baiti dengan Maryam ketawa kecil manakala beberapa pelajar lelaki  kebingungan.

Sesuatu yang berwarna merah jelas kelihatan di balik beg birunya  yang jarang.Nurindah menjegilkan mata, adakah itu?Tuala wanita.

Segera Nurindah menarik beg birunya, menyorokkannya di bawah kerusi sedang Baiti dengan Maryam ketawa.”Cikgu uzur ya?” tanya Baiti.

Nurindah sendiri tak sedar sama ada apakah warna pipinya, mungkinkah sudah menjadi merah atau biru.

“Ishh..Tak baik la cakap macam tu.Tak malu betul.”Danish membela Nurindah.

“Dah, dah.Mari sambung buat latihan.” Nurindah cuba sedaya upaya menyembunyikan perasannya . Segera menumpukan perhatian kepada kerja sekolah Maryam.Keadaan kelas seperti biasa, hiruk pikuk.

Baiti dan Maryam membelek beg biru Nurindah membuatkan Nurindah merasa sedikit cuak.”Cikgu ada apa dalam beg cikgu ni?Panjang-panjang.”Baiti menyoal.

“Sudah Baiti.Cepat buat kerja sekolah kamu.”Nurindah menepis tangan Baiti dari terus menerus membelek beg birunya.Baiti selalu hilang fokus dan Nurindah selalu pening menguruskannya.

Kelas akhirnya tamat pukul sepuluh malam.Saat Nurindah berjalan menuju ke kereta Baiti dan Maryam berlari-lari anak ke arahnya.

“Cikgu ada apa dalam beg cikgu?”Maryam bertanya.

“Yang panjang-panjang cikgu.”Baiti mencelah.

Isu tuala wanita lagikah?Nurindah mulai bosan.Tetapi Baiti dan Maryam tersengih-sengih seakan mengusiknya.

“Cuba cikgu periksa beg cikgu?”Baiti dan Maryam mendekatinya lagi dekat.Baiti menarik beg biru Nurindah.

Nurindah cuba mengelak, namun Baiti pantas meragut beg yang disandangnya.Nurindah menjadi sedikit geram.

“Cikgu tahu, nanti cikgu-“

“Ini cikgu.”Baiti mengeluarkan sesuatu dari beg Nurindah.Panjang dan berwarna merah.Dua kuntum bunga mawar plastik yang kecil dan comel.

“Untuk cikgu.”Baiti tersenyum.

“Selamat hari guru.”ucap Maryam.”Kami beli yang murah saja.”

Nurindah kelu.Dia sendiri tak perasan bila mereka menyumbat bunga itu ke dalam begnya.”Terima kasih.”Dia tak tahu apa yang perlu diucapkannya.Tangannya memegang dua kuntum bunga mawar tersebut.”Bunga ni sangat comel.”

“Murah saja cikgu, tak ada duit nak beli yang mahal.”Baiti tersenyum.

“Terima kasih.”

Malam itu Nurindah mendapat satu lagi pengajaran.Dia terasa bersalah kerana menganggap budak-budak itu mahu mempermainkannya dengan tuala wanita.Dia sedar, mungkin banyak lagi perkara dalam kehidupan ini yang selalu disalahertikan.

Bunga merah comel diletakkan di atas meja di sebelah katilnya.Setiap kali Nurindah melihat bunga tersebut, dia akan tersenyum.

Selepas ini dia akan lebih berhati-hati menyimpan tuala wanitanya.



Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u