Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2010

Entri 18: Materi

Nurindah keletihan saat dia mengangkut barang masuk ke rumahnya di tingkat tiga. Dua tiga hari ini kerjanya mengangkut barang sahaja hingga dia terasa seperti jantungnya seperti mahu berhenti.Jika dia kaya, mungkin dia ada pembantu untuk menolong dia saat-saat begini. Kelihatan seorang lelaki seperti berlegar-legar di pintu rumah jirannya.Nurindah buat tidak peduli sehinggalah lelaki tersebut bertanya, “ Kakak, rumah ini ada olang kah?” Nurindah terpinga-pinga, dia sendiri tidak perasan.”Umm..rasanya ada.” Dia sendiri baru pindah, tapi dia tahu rumah di sebelahnya berpenghuni, satu keluarga dengan anak-anak yang masih lagi kecil. “Dua tiga hari ini rumah ini ada olang kah?” Lelaki itu bertanya, merenung tepat ke arah Nurindah. Nurindah gugup.”Maaf , tak perasan pula saya. Kenapa?” Dan dia terlanjur bertanya kenapa, padahal tak sepatutnya dia mengambil tahu hal orang. “ Opps.. maaf.” Nurindah serba salah apabila melihat muka lelaki tersebut seperti serba salah. Lelaki itu diam

Entri 17 : Seperti mimpi

Mesej-mesej bermula atas nama persahabatan sehinggalah panggilan sayang membuatkan Nurindah tidak tenteram.Dia tidak mahu melayan tetapi tidak mahu digelar sombong. Baginya, cinta tanpa melihat adalah bohong.Kerana fitrah manusia adalah materi.Lelaki tidak boleh dipercayai sama juga seperti perempuan kerana kita adalah manusia biasa. Berulangkali dia mempersoalkan mengapa sang arjuna itu berani betul melontarkan puisi-puisi cinta yang dia sendiri tidak pernah dengar dan faham.Seperti di dalam mimpi, dia menyedarkan dirinya sendiri. Jangan Ya Laila Jangan terpedaya Apa yang kau lihat semuanya dusta Dusta yang fana pada Ya Laila Cinta yang fana tiada pengubat Jiwa mu yang lara -Yassin “Usahlah kau tertipu wahai Laila.”Pesannya kepada diri sendiri.Sayang yang terlampau singkat hinggap akan terbang dengan mudahnya.Seperti helang menangkap sang arnab, dan dia tidak mahu menjadi mangsa.Menaruh hati pada tempat yang tidak ketahuan akan membawa padah. Dan akhirnya mimpi berakhir juga saa