Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Februari, 2010

Entri 20:Doa

Tuhan, lindungilah dia seperti dia melindungi aku. Sayangilah dia seperti dia menyayangi aku. Berilah kekuatan untukku melindungi dan menyayangi dia. Redhailah dia. Jadikanlah aku anak yang soleh.Amin.

Entri 19 : Logik

Dia bangun paling awal, menyediakan makanan, membasuh pakaian, menyiapkan anak-anak, bersiap untuk bekerja. Dia tidur paling lewat dalam keadaan penat lelah, langsung tidak berkira walaupun suami tidak pernah peduli. Dia taat. Penyabarkah dia? Bodohkah dia ? Kalau wanita lain belum tentu dapat bertahan, mungkin sudah turun naik mahkamah untuk bercerai. Cinta benarkah dia pada suaminya hingga jadi buta begitu? Saat dia membancuh kopi pekat waktu petang untuk suami yang tak pernah berterima kasih, si anak bertanya, " Kenapa ibu buat semua ni?" Si anak tidak faham, jika mahu diikut logik, si ibu patut sudah lama meninggalkan ayah. Ibu jadi suri rumah, ibu juga bekerja untuk keras untuk anak-anak. Semuanya, ibu atau bapa , ibu yang tanggung, jadi buat apa ibu setia dengan ayah ? Pelik . Bukankah tak logik? Paling tidak ibu tak perlu ambil kisah tentang perkara-perkara kecil ayah seperti kopi , baju.Ayah tak pernah ambil peduli tentang ibu, kenapa ibu pula beria-ria ambil p