Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Entri 22 : Percaya

Percaya? Dia sudah penat untuk percaya.Dia tahu sepatutnya semakin matang, dia patut makin percaya tetapi lain jadinya. Kepercayaannya melupus seiring usia. Dahulu di waktu kanak-kanak, dia percaya yang ayahnya akan membina sebuah rumah untuk mereka. Walaupun rumah yang kecil, dia tetap seronok. Dia mahu percaya. Dia percaya saat ayahnya mula membuat tapak. Dia percaya waktu remaja saat ayah meminjam sedikit biasiswa untuk membeli tanah buat timbunan.Dia percaya saat dia sudah bekerja mengirim wang sedikit-sedikit. Dia mahu percaya, tapi hanya percaya.Rumah kecil yang diharapkan tak pernah ada. Maka dia berpura-pura untuk percaya. Dia mahu percaya pada ibunya. Ibunya yang setiap kali lemah dan jatuh apabila sesuatu yang buruk menimpanya. Ibunya yang sentiasa risau dia kelaparan. Ibunya yang selalu menangis kerana bimbang. Dia mahu percaya tapi dia takut kepercayaannya akan memudaratkan ibunya yang selama ini bersusah payah. Dia takut untuk percaya kerana bimbang ibunya akan menderit