Skip to main content

Entri 37:Yang tidak tersedar

Kepincangan 1
Berapa banyak kempen tentang aurat perempuan.Sekali dengar macam  inilah satu-satunya perkara asas dalam agama.Tetapi berapa banyak kempen tentang lelaki untuk menundukkan pandangan terhadap wanita?
Alangkah indahnya jika kedua-dua ini seiring.

Kepincangan 2
Berapa banyak kempen  untuk berpuasa, zakat, menutup aurat tetapi berapa kerat kempen tentang solat?Sedangkan solat itu tiang agama.

Solat itu simple , practical di mana-mana asalkan bersih.Cuma mengambil masa dalam lebih kurang lebih lima minit.Tetapi berapa ramai  termasuk saya  yang menganggapnya susah dan menambah dan memberatkan hukum yang ringkas ini.Siapa tahu bahawa betapa wajibnya solat ini sehingga waktu sakit atau perang pun ada caranya kita untuk menghubungkan diri dengan yang Maha Esa.

Lihatlah kita, kita meninggalkannya atas sebab kerja, shopping,Malunya apabila mereka yang baru memeluk Islam komited dengan solat kerana mereka tahu betapa pentingnya solat itu.Mereka solat di tepi jalan, tasik dan merata apabila mendengar sahutan Azan.
Dan lihatlah kita merendahkan-rendahkan solat, sedangkan solat itulah yang pertama ditanya , bukannya amalan lain.

Ya Rahman berilah kekuatan kepadaku untuk mendirikan tiang agama ini.

Kepincangan 3
Kita bising kaum perempuan anti poligami.Tetapi berapa kerat lelaki yang melaksanakannya dengan baik.Kita menyalahkan kaum wanita, tetapi berapa ramai lelaki  yang gagal berlaku adil.

Hasilnya mereka yang berpoligami , kebanyakan anak-anaknya tunggang langgang.Isteri bergaduh sesama sendiri dan suami buat tak endah malah memikirkan bagaimana mahu menambah lagi satu.

Jika kita betul-betul faham, poligami bukanlah untuk memuaskan nafsu.Jika kita faham betapa poligami adalah untuk mengelakkan penganiayaan perempuan daripada menjadi perempuan simpanan,gundik dan tidak sah dari segi hukum.Dan suami mesti berkemampuan dan adil, jika memikirkan setakat lepas akad nikah sahaja rasanya itu tak cukup.

Ingatlah Islam tidak akan terdiri dengan satu pihak sahaja,ianya tanggungjawab bersama.

Kepincangan  4
Kita kelam kabut tentang negara Islam tetapi berapa ramai orang kita  mempunyai keluarga yang pincang.Bukankah kepimpinan yang baik bermula dari dalam keluarga.
Jika mahu yang besar-besar, mari kita mulakan dengan yang kecil-kecil dahulu.

Kepincangan 5
Kita mengutuk orang yang melanggar adat, sedaya upaya kita menuruti adat yang kebanyakannya menyusahkan.Tetapi berapa ramai yang mahu menurut agama yang rasanya lagi ringkas dari adat.

Kepincangan 6
Islam adalah agama yang paling menghormati perempuan.Tetapi berapa banyak yang mengamalkannya?Lihatlah orang luar menyalah tafsirkan sebagai agama Islam adalah agama yang menganiaya perempuan. Salah siapa? Kita atau mereka?Salah siapa?Islam atau kita?

Kepincangan 7
Acapkali kita dengar anak derhaka pada ibu bapa.Bahkan sudah menjadi trend.Mari kita selidiki bagaimana kebanyakannya jadi derhaka.

Bagaimana kita sewaktu muda-muda?Adakah kita orang yang  menjaga akhlak terutama dengan ibu bapa kita?Bagaimana kita mencari pasangan untuk dijadikan suami atau isteri?Adakah kita menuruti garis agama?


Dan bagaimana kita mendidik anak-anak kita?Adakah secara wang = kegembiraan?

Walaupun kita bertaubat, ingat taubat kita akan diuji.Taubat tidak akan mengubah perkara yang lalu, tetapi mengubah diri kita.Maka bersabarlah dan sentiasa berusaha.

Mungkin banyak lagi kepincangan yang berlaku.Kebanyakan kita sudah menyimpang dari agama Islam.Supaya Allah menjauhkan kita dari menjadi fasik,musyrik dan munafik.

Ruginya kita, kita mempunyai agama yang cantik.Tapi kita saling menuduh, melabel siapa yang diterima Tuhan dan tidak?Orang yang bertudung labuh anti orang yang bertudung singkat, orang yang bertudung singkat anti mereka yang tidak bertudung?Orang Islam dengan selambanya mengutuk dan melayan orang yang bukan Islam secara tidak adil  kerana kita fikir mereka akan ke neraka ,padahal Islam mengajar kita untuk adil dengan semua.Islam atau tidak, malah yang salah juga perlu dihukum dengan adil.Yang lainnya kita berserah pada Allah.Siapa yang masuk neraka atau syurga biarlah Dia yang tentukan, kerana kita memang takkan tahu kerana bukan urusan kita.


Alangkah jika kita mencontohi akhlak Nabi S.A.W, bagaimana dia menghormati wanita, bagaimana dia melayan kaum bukan Islam sehingga mereka tertarik menjadi lagi baik.

Saya yang menulis ini penuh dengan salah silap, malah ketika menulis ini saya memikirkan kebanyakannya di atas adalah salah-salah saya.Jika artikel ini mengguris perasaan ataupun mempunyai kesalahan saya mohon maaf.

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u