Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2012

Entri 54 : Calon untuk saya

Dia bukanlah yang membuatkan saya tidak boleh hidup tanpanya.Atau lemah tanpanya.Tetapi membuatkan saya sentiasa bersyukur kepadaNya dan kuat. Jika dia mahukan saya kerana kecantikan, mungkin banyak lagi perempuan lain di luar sana lagi layak.Malah jika diberikan seratus wanita cantik pun, saya khuatir ianya tidak memadai. Jika dia mahukan saya untuk menjaga makan dan pakainya, saya yakin banyak orang gaji boleh diupah. Tetapi jika dia mahukan saya untuk menyertainya dalam perjuangan meneruskan hidup, mengutip kasih Ilahi sebanyak-banyaknya, maka saya berharap dia mengira saya sekali dalam pengembaraannya. Saya mahu Tuhan memandang kami dengan pandangan rahmat bila kami saling mengejutkan antara satu sama lain untuk bertahajud.Saya mahu dia lebih mementingkan saya untuk menjadi makmunnya, dari memikirkan apa yang patut dimasak,kain yang perlu dibasuh?Saya mahu dia mendengar dan mengutip pandangan saya ,dan berhenti sejenak saat dia buntu. Saya mahu kami bersama-sama berpeluan

Entri 53: Bahagia

Dia : Apa khabar? Saya: Baik.Kamu? Dia:Bos saya dah tukar.Lagi teruk dari dulu.Saya terpaksa bekerja di rumah and bla..bla.. Setiap kali dia menceritakan tentang dirinya.Semuanya susah...semuanya malang.Rakan-rakan yang mementingkan diri sendiri, tentang rumah sewa, tentang hidupnya.Semuanya malang dan malangnya bukan berpunca dari dia.Semuanya salah orang. Penat.Hidup memang penat.Apabila kita letak kebahagiaan kita bergantung kepada orang lain.Bergantung pada suasana.Padahal bahagia itu terletak di hati.Tanyalah hati.Bukankah Tuhan cuma memberi ujian yang hanya kita mampu tanggung?Semalang mana pun hidup kita, pasti ianya sesuatu yang kita mungkin dapat belajar dan mengatasinya.