Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Entri 66 : Ais kerim

"Kamu nak pergi tak kenduri rumah besan tok kamu?" Emak pagi pagi lagi sudah menyoal. "Ughh..."Nurindah mengeluh, besan nenek punya kenduri pun perlu pergi?Hatinya malas.Hari Ahad, tiba-tiba dia terfikir, alangkah enaknya berlingkar di depan tv sambil makan biskut. Malas...paling malas pergi kenduri kahwin.Malas sebab hiruk pikuk, malas juga sebab selalunya dia akan ditanya,"Bila kamu nak kahwin?". Pagi Ahad, dia memberi ayam itik makan, menolong emak menanak nasi.Semangat benar emak mahu ke kenduri."Biar semua kerja rumah siap, baru seronok nak berjalan." "Kamu betul tak mahu pergi kenduri?"Emak bertanya lagi.Pukul sebelas pagi, emak sudah mandi dan bersiap. "Okay."Nurindah menyahut malas.Digagahi juga pergi kenduri.Dia betul-betul malas bila ramai orang, tak kira lah konsert ke, pasar malam ke, kenduri ke.Tetapi mengenangkan azam tahun ni, antaranya adalah memenuhi jemputan kenduri saudara jika tidak ada aral, maka

Entri 65 : Kucing

"Aduh,sempat ke tak?!" Nurindah cepat cepat menekan punat lif.Sekarang sudah 7.45 malam dan dia belum lagi solat Maghrib. Sambil menunggu lif,dia perasan beberapa ekor kucing berlari menuju di balik satu tiang yang gelap.Terlihat satu jasad wanita berambut pendek berwarna oren,berseluar pendek dan berbaju biru ketat tanpa lengan sedang berdiri kemudian mencangkung. "Melayu kah?Islam kah?" Nurindah memanjangkan leher cuba menjeling ke susuk tubuh yang berkulit sawo matang tersebut.Wanita itu di balik tiang, kelakuannya antara nampak dan tidak,meragukan."Apalah yang dibuat di tempat gelap tu?" Beberapa ekor kucing datang lagi meluru laju ke arah belakang tiang tersebut.Ada yang berekor kontot, ada yang berkurap. Saat Nurindah bermonolog seorang diri, kedengaran seperti beg plastik di buka. "Nah, makanlah.Ini sahaja yang aku ada." Suara itu kedengaran halus di balik kegelapan tersebut, disahuti dengan ngiauan kucing. Aduh...dia seksi, mungkin

Entri 64 : Asing

Kebelakangan ini semuanya terasa sempit, sesak dan rimas.Tekanan membunuh rasa bersyukur. Masalah peribadi menerpa, kerja di pejabat menimbun.Masa ini juga , ada isu dalam sistem.Nurindah mengeluh, kerjaya sebagai jurutera perisian memang antara bukan kerjaya isteri idaman.Siapa mahu isteri yang kerjanya tidak tentu, balik rumah pun kadang-kadang menatap komputer.Siapa mahu?  Ah, mungkin  kerana dia bujang jadi semua kerja ditugaskan untuknya. 'Kamu kan bujang, jika kamu balik awal pun buat apa?Macam kami ni dah kahwin, susah...banyak benda perlu diuruskan.Anak isteri perlu dijaga.'  Rasa mahu ditampar saja suara yang berbunyi itu.Jika bujang ini hidupnya sangat mudah kenapa kamu tergedik sangat mahu kahwin dulu? Berontaknya dalam hati.Kalau kahwin sekadar mahu lari dari tanggungjawab,mana pergi keberkatan.Aneh pula ya bila syarikat mengadakan  business trip ke luar negara, pandai pula menawarkan diri.Berbulan pun tak apa.Ke mana pergi anak isteri yang dijadikan isu du

Entri 63:Patah hati

"Aku mengaku yang aku patah hati."ujarnya pada seorang teman. "Oh."Sang teman terkejut,mungkin pertama kali mendengar penjelasan jujur itu."Kamu betul-betul suka dengan dia sehingga kamu mahu nikah dengan dia atau kamu sekadar suka-suka."Dia menyelidik. "Aku benar-benar rasa seperti mahu nikah dengan dia.Aku rasa tenang di sisinya,tidak seperti lelaki lain.Selalunya dengan lelaki lain aku akan menjauh." "Hummm...agak bahaya."Sang teman mengetap bibir."Cinta kamu ditolak bagaimana?"soalnya sambil menutup buku yang dibaca,mahu menumpu perhatian pada teman yang sedang tidak keruan. "Dia sudah berkahwin."ujar gadis yang patah hati,matanya mulai berkaca. "Dan dia juga suka dengan kamu?" "Tidak...aku cuma perasan sendiri."Gadis itu tunduk,malu dan kesal. "Bukan kamu sengaja kan?" "Iya...aku pun tak tahu kenapa aku suka sama dia.Asyik memikirkan dia.Nah,aku ditimpa masalah besar.&q

Entri 62 : Sesumpah

Dalam perjalanan pulang ke kampung.Melalui Lebuh Raya Grik Timur, jalan kebanyakannya berlubang , di kiri kanan penuh dengan ladang kepala sawit.Namun, apalah sangat cabaran tersebut bagi terbakal-bakal pelumba tidak bertauliah yang melalui jalan ini.Tidak kira kereta semewah Ferrari yang kadang-kadang dapat dilihat di sini atau sekecil Kancil yang acap kali di sini.Semuanya bergegas menuju ke destinasi, semuanya mahu  cepat ke depan tidak kira berapa roda sekalipun. Nurindah memandu kereta kecilnya , menuju ke kampungnya nun di sebalik ladang kepala sawit sana. Bunyi radio bersaing dengan bunyi bising keretanya.Siapa  menang?Dia tidak peduli.Dia turut ikut    menyanyikan lagu-lagu yang diputarkan tanpa mengambil tahu lirik samada betul ataupun tidak. Jika denganmu kabur... Kutak mahu yang jelas. Jika denganmu hanyut... Biarlah aku lemas...... Saat ralik  memandu sambil menyanyi tiba-tiba dia perasan ada makhluk kecil di tengah-tengah jalan. Apa itu?Warna apa itu?Oohh.. sesump