Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Entri 72: Nyoman

Lebih kurang pukul 6.30 pagi di Lapangan Ngurah Rai, terang benderang seperti pukul 9.00 pagi di Pulau Pinang. Ramai beratur di bahagian kaunter imigresen. Mata pegawai pegawai imigresen kebanyakan lebam.Saat seorang pegawai wanita memeriksa pasportnya baru Nurindah perasan notis yang pasport cover mesti ditanggalkan sebelum menyerahkannya kepada pegawai. "Oh, maaf.Aku lupa tanggalkan covernya. " Pegawai wanita tersebut mengangkat muka, "Kenapa?" "Aku lupa tanggalkan cover pasport."Nurindah  menuding ke arah pasport yang dipegang pegawai tersebut. "Oh, enggak apa apa. "balas pegawai tersebut sambil tersenyum.  Lega,seterusnya melalui checkpoint pegawai kastam.Seorang pegawai lelaki muda menunjukkan backpack Nurindah."Aku mahu check itu."katanya.  Padahal beg tersebut baru sahaja melalui pemeriksaan automatik. Dub dab dub dab.Buatnya ada dadah tersesat dalam beg aku?? Pegawai lelaki tersebut mula mengeluarkan satu per satu isi  beg Nur

Entri 71 : Hanya Dia...

"Saya sebenarnya pindah ke sini untuk kembangkan bisnes. Rasanya sejak saya graduate dari U sampai sekarang saya tak pernah keluar dari Penang ."Zahra memberitahu. "Kalau itu yang terbaik untuk awak."sahut Nurindah,sedih juga bila difikirkan yang selepas ini dia tak ada kawan lagi untuk lepak di Pulau Pinang.Zahra bekerja sendiri sebagai penasihat kewangan.Sifatnya yang sentiasa positif dan terbuka membuatkan Nurindah senang bersahabat dengannya. "Tapi tulah, saya terpaksa letak jawatan dari Darul Ilmu.Jadi saya minta tolong awak gantikan tempat saya boleh?" Nurindah seperti mahu tersedak roti Arab keju yang ditelannya. Biar betul, Setiausaha Agung di Darul Ilmu.Rasanya dia langsung tidak berkelayakan. "Tuan Khairuddin ada juga sebut nama awak.Saya rasa awak boleh buat.Kerjanya tak banyak sebab kita memang sudah ada seorang setiausaha di Darul Ilmu. "Aduh...saya bukannya jenis bertudung labuh dan lemah lembut . Tak ada c

Entri 70 : Mudahkanlah urusannya.

"Nanti jangan lupa beri nombor telefon kawan kamu tu."Pesan emak untuk ke berapa kali.  "Humm."Nurindah mengemas barang, tak berani dia memandang wajah emak.Bimbang rahsianya terbongkar. Dalam hatinya Allah saja yang tahu, buatnya terjadi apa apa pada dirinya, bagaimana dia mahu mengadap emak?Adakah dia termasuk dalam golongan anak derhaka?  Esok dia akan bertolak, penerbangannya dari Pulau Pinang pada pukul 8.30 malam.Penerbangan akan transit di KLIA sebelum ke Bali.Dijangkakan akan tiba di Bali 2.30 pagi. Mujurlah Aini,kawannya telah menukar hotel atas namanya, jadi dia tak perlu lagi risau tentang penginapan di sana. Mungkin dia akan berehat sebentar di lapangan terbang Ngurah Rai sehingga hari cerah.  Esok juga dia bakal sibuk di pejabat, syarikatnya mengadakan Teknikal Simposium di mana dia menjadi salah seorang ahli jawatankuasa. Hari yang sibuk, dia akan bertolak ke lapangan terbang dari pejabat.                  ******************

Entri 69 :Menarilah dengannya

Prolog Nurindah menarik selimut, badannya seram sejuk. Emak masih mendiamkan diri.Apalah yang difikirkan emak, Nurindah tak berani meneka.Emak langsung tidak memandang wajahnya.  "Jika emak tahu, emak tak akan benarkan." ********** Emak cuma baring,  dah seminggu lebih emak tak mampu bergerak banyak. Ke bilik air bertongkat, solat duduk. Tidak memasak, bermain dengan cucu atau melakukan segala rutin hariannya hatta membebel sekalipun. Rumah menjadi sangat sunyi. Anak-anak menjadi risau. Sudah ke klinik  dua kali, diberi ubat tak jalan, diberi suntikan juga tak jalan. Sakit lutut emak kali ini bukan main main. Dek kerana lepat ubi kayu, emak merana berminggu-minggu. Nurindah bingung, kalau sudah ke klinik kerajaan, klinik swasta  pun sudah, mana lagi dia harus pergi. Nenek dan emak saudaranya  memberitahu ada seorang doktor di Kuala Pegang, pakar sendi. Malah nenek yang pernah diserang  Chikungunya juga sembuh selepas  berjumpa dengan doktor

Entri 68 : Ubuntu

Dia merayau mencari air.Sekarang musim kering, musim kekurangan air.Ramai orang yang menderita ketiadaan air.Bila kekurangan sumber, manusia hilang akal.Jarang ada kehidupan yang aman jika masing-masing berebut sumber yang sedikit. Air...sumber yang senang dibaziri waktu ianya mudah didapati.Merata-merata anda melihat orang membazir air.Sekarang siksanya tanpa air.Kita terlupa 70% dari manusia ialah air.Air untuk hidup. Lumrah, benda yang hilang akan mula dihargai. Dia berjalan sehingga ternampak seperti sungai kecil.Mungkin bukan sungai, cuma seperti aliran air yang kecil.Berdekatan aliran itu terdapat sebuah pondok kecil.Di sebelah pondok itu kelihatan seperti buluh atau paip air yang airnya sentiasa menitis.Basah. Seorang wanita muda berambut ikal ,putih melepak cuma berkemban dengan kain batik.Seperti orang zaman dahulu sahaja layaknya.Wanita itu tersenyum ramah melihatnya. Dia menghampiri wanita tersebut.Harapnya wanita itu dapat menolongnya mengenai masalah air. . .

Entri 67 : Kapak

Seorang pencari herba masuk ke dalam hutan.Semakin lama dia berjalan jauh ke dalam hutan, dia menjumpai beberapa jenis herba tetapi masih tidak menjumpai sejenis herba yang diminta oleh seorang tabib dari kampung seberang. Dia mendengar bunyi seperti pokok ditebang,segera dia menghampiri kawasan itu.Boleh juga dia berkenalan dan bertukar pendapat dengan orang lain. Seorang tukang kayu yang kelihatan sangat keletihan tetapi terus menerus menakik sebatang pokok yang sedepa besarnya.Dia kelihatan tidak berputus asa, bersungguh-sunggguh menghayun kapak,menakik batang pokok tersebut. 'Hey!!!' Si pencari herba menjerit. Tukang kayu berpaling , memperlahankan takikannya.'Yo!!.' 'Tengah buat apa tu?'Soalan yang agak bodoh tapi berguna untuk berbasa basi. 'Engkau tak nampak ke? Tengah basuh kapal terbang!!! 'Jawab si tukang kayu termengah-mengah. 'Engkau nampak letih, berapa lama dah engkau takik pokok ni?'Pencari herba masih berminat untuk