Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2015

Entri 75 :Kebaikan rawak

Penunjuk aras petrol berkelip kelip dari semalam.Perlu isi minyak sebelum pulang ke kampung.Pagi pagi lagi Nurindah menuju ke Caltex berdekatan,duit di dalam dompetnya cuma tinggal kurang RM20,dia berdoa agar ada mesin ATM ada di Caltex tersebut.  Maaf.Out of Service. Terpampang kertas A4 di mesin ATM.Nurindah menggaru kepala,hendak tak hendak dia cuma boleh  isi petrol RM10 tetapi penunjuk aras petrol masih lagi berkelip.Humm...tak sempat sampai ke kampung ni.Jarak rumahnya lebih kurang 70 km. Tak apalah, hari ni hari gaji.Terus dia memandu ke bank berdekatan. Saat dia memarkirkan keretanya,terlihat seorang anak muda sedang menyapu sampah.Pagi pagi lagi sudah bekerja.Apa kata selepas ambil duit nanti,dia belikan anak muda ini sarapan KFC.Wah...seronoknya buat amal di pagi hari. Terus selamba Nurindah menekan nilai yang mahu dikeluarkan. Maaf,baki anda tidak mencukupi. Eh...hari ni kan hari gaji.Dia memeriksa baki,argh...dia cuma layak mengeluarkan RM20 tetapi me