Skip to main content

Posts

Showing posts from June, 2016

Entri 80 : Makan di bulan puasa?

Adakah entri ini akan dimaki?Saya memikirkanya berulang kali.Saya ingin menulis di wall Facebook, tetapi ayatnya menjadi panjang dan tidak teratur. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis di sini dan jika ditakdirkan penulisan ini dimaki, saya berdoa supaya saya kuat. Saya dilahirkan perempuan di dalam Islam.Ya, agama yang memberikan kebebasan , belas kasihan terhadap wanita.Anda boleh lihat betapa belas kasihannya agama ini dari segi hukum.Perempuan dilarang solat dan puasa ketika haid. Mula mula ketika saya memberitahu kawan bukan Islam bahawa wanita tidak dibenarkan solat puasa, saya ditempelak,"Mana adil?Diskriminasi, kenapa perempuan haid dihalang solat dan puasa." Maka saya memberitahu,itu adalah tanda kasih sayang.Wanita yang haid dalam keadaan lemah, emosi bercelaru maka disebabkan itu kami diberi kelonggaran--bukan kelonggaran tetapi dilarang sama sekali untuk berpuasa.Oh, betapa penyayangnya Islam. Mari kita kecilkan skop tentang puasa.Kerana kita berada di

Entri 79 : Duit kita

Haikal resah.Dua tiga hari ini fikirannya berserabut.Isterinya selamat melahirkan seorang anak lelaki yang dinamakan Hazim tetapi terpaksa dimasukkan ke dalam wad kerana kuning yang melampau. "Kebiasaannya ibu yang berdarah O memang  mempunyai risiko jaundis.Namun mujurlah anak tuan berdarah B." Susu isteri seperti tidak dapat menampung keperluan bayi, terpaksa dicampur dengan susu formula.Namun kuning si anak tidak berkurangan. Dua tiga hari dia,isteri dan ahli keluarga yang lain tidak senang duduk.Masing masing menurunkan petua masing-masing.Air sengkuang cina, malah ada yang mencadangkan air tebu hitam dan pelbagai lagi. Emaknya  bertambah  susah hati.Risau perut si kecil tidak tahan menampung petua petua yang ada."Tebu tu kalau orang mengandung pun boleh keguguran, apatah lagi kalau diberi makan budak kecil.Haikal cuba rujuk klinik homeopati, sekurang-kurang lebih baik dari mencuba cuba petua."cadangnya.Sedih benar melihat bayi kecil ini seolah di

Entri 78 : Reset password

Sudah berhari hari rasanya teman serumah merungut tentang password Instagram. "Tak ingat password ." " Reset sajalah password ."Nurindah memberitahu,bagaikan angin lalu.Kemudian mereka meneruskan kehidupan seperti biasa. Suatu malam saat mereka melepak di ruang tamu. "Saya nak modify Instagram ni, tapi tu la masalahnya saya lupa password ." Nurindah mengerutkan dahi, ingatkan masalah tersebut sudah selesai beberapa hari yang lalu."Eiii... reset sajalah.Lupa password , reset saja." "Tak boleh wak." "Cuba Google." Nah.  Biar saya google untuk awak "Yala, tak terfikir nak Google.Hari tu saya cuba tapi dia mintak password lama." Lagi berkerut dahi Nurindah,sistem apa yang bodoh hinggakan lupa password tapi masih request password lama. Teman serumah menunjukkan skrin mobilnya dengan muka kasihan. "Laa... yang awak tekan Change password tu kenapa?Memanglah dia akan minta password lama.Ad