Aug 4, 2018

Entri 93 : Orang pulau

Pagi pagi lagi dia sudah bangun.

Berdiri sekejap memanaskan badan sebelum berlari.Dia hanya perlu mengikut program warm-up dari applikasi Nike Training Club.Tak sampai 10 minit memanaskan badan.

Mudah.

Dunia internet tanpa batas tidak membenarkan alasan.

Tidak tahu? Google.

Mahal ? Lihatlah deretan applikasi untuk telefon pintar.

Segalanya mudah  yang tinggal hanya mahu atau tidak.Dan tentulah talian internet yang laju.

Dia membuka applikasi Nike Running Club dan berlari keluar ke kanan.Jalan sunyi.Tak banyak orang yang berlari di pagi pagi begini.

Sebuah motosikal melepasinya.Kelihatan seperti baru pulang dari masjid.

Pulau Langkawi.

Masih lagi sunyi.Cuma beberapa pelancong yang berlari atau berbasikal.

Terasa seperti bukan di tanah air sendiri. Dia memejamkan mata kemudian membukanya semula.

Kenapa perasaan ini seperti negara asing?

Keterujaan.

Selama ini dia tidak perasan keindahan tanah air sendiri.
Memuji kampung di tempat orang, terlupa kampung tempat sendiri.

Orang-orang di sini ramah-ramah. Belum lagi berjumpa yang sombong.Betulkah tiada orang yang sombong atau kerana keterujaannya itu melebihi keburukan yang terhidang?

Jika suka yang busuk dicium , yang pahit ditelan.Hati sudah cinta apa pun tak apa-apa.

Sama seperti tanah-tanah asing yang dilawati sebelum ini.

Mungkin benar kata orang.

Salah itu bukan pada tempatnya tetapi salah  pada otak menafsirkan.

Jika mendung itu disangka buruk, 
maka bermuram durjalah seharian ternanti-nanti cahaya matahari.
Jika mendung disangka baik, 
maka bersukaria lah kita bersedia menyambut hujan.

Apa yang anda rasa sekarang?



Langkawi
4 Ogos 2018

No comments:

Post a Comment