Skip to main content

Entri 95 : Huruf

BEBERAPA MINGGU yang lalu.

"Nur, telefon kamu berbunyi."

Nurindah mengangkat dahi, nada dering itu bukan nada dering dari telefonnya.Tetapi ya, telefonnya berdering.

Ada panggilan dari applikasi Be My Eyes. Oh panggilan untuk pertama kali.Teruja bercampur takut dia menekan butang Accept.

"Hello, how can I help you?"Dia mulakan dengan suara yang ceria.

"!@#$% ke tak?"Tidak ada hello atau salam.

"Apa?" Dia tidak dengar dengan jelas.!@#$% itu apa ya.

"!@#$% ke tak?"Masih juga tidak jelas.

"Maaf saya tak faham soalan.Boleh ulang sekali lagi?" Dalam hati timbul syak, entah-entah applikasi scam.

"Ke#$% ke tak?"

"Kerja apa? Anda tanya saya kerja apa ke?" Dia meneka,sesuatu yang bermula dengan ke___.

"Kedut ke tak?" Akhirnya.

Lega. "Boleh tunjuk tak? Boleh on kan camera?Biar saya tengok."

Video yang terpapar sedikit terhuyung hayang.Kelihatan tudung labuh berwarna coklat muda dan jubah berwarna kelabu.Licin tidak berkedut.

"Licin, elok dah tu.Tak perlu gosok lagi."

"Okay, terima kasih." Terus letak, tetapi nada suara tadi ceria bunyinya.

Nurindah tersenyum sepanjang hari, hari itu dia terasa seperti Wonder Woman yang menyelamatkan dunia. Namun jauh di sudut hati terasa sesuatu.Di luar sana ada orang yang setiap hari berdepan dengan masalah yang bukan masalah dalam dunianya.

Masalah baju kedut, warna yang sesuai.

Malam atau siang.Bagaimanakah mereka yang berada dalam kegelapan membezakan waktu?

HARI INI telefonnya berdering lagi.

Kali ini dia berada di dalam kereta menuju ke airport.

"Assalamualaikum, komputer saya mute.Boleh tolong?" Suara seorang lelaki.

"Ya boleh.Tunjukkan." Teruja.Bagus betul applikasi ini, ramai orang buta yang boleh ditolong.

Imej yang terpapar bergoyang-goyang.Kelihatan muka seorang lelaki tua yang jelas tidak dapat melihat.Betul dia buta, kelihatan juga sosok seorang wanita yang lebih kurang sebaya.

"Kalihkan handphone.Saya nak tengok computer."

Imej yang buruk.Tentulah dia tidak boleh menunjukkan imej yang betul kerana dia tak nampak.
Dalam hati Nurindah terdetik.Ini mungkin susah.

Komputer riba.

"Alihkan handphone ke kanan sedikit . Saya nak lihat simbol speaker."

Video itu beralih.

"Ke bawah sedikit.Dekat bar kat bawah tu" Nurindah menggeleng kepala.Aduh, bagaimana pakcik kenal bawah tu ada bar yang bagaimana?Susah kali ini.

Ternampak simbol speaker. Tapi tak mute kelihatannya.Mungkin perlahan sebab tu tak dengar.

"Boleh tunjuk keyboard tak?Kita cuba tekan keyboard." Dia memilih menggunakan keyboard kerana menyuruhnya mengubah bunyi di skrin seperti mustahil.Keyboard mungkin ada harapan kerana pakcik ini boleh sentuh dan rasa dengan jari.

Imej menunjukkan keyboard tapi arah kanan di mana tiada simbol yang berkenaan.

"Cuba ke kiri sedikit." Nurindah sedikit berpeluh.Ya Allah bagaimana aku nak menolong ni.Pemandu Grab sesekali menoleh.Mungkin cuba meneka apa yang sedang wanita ini buat.

"Okay, nampak tak simbol..." Nurindah terdiam.Dia memilih perkataan yang salah.NAMPAK bukanlah perkataan yang sesuai untuk orang buta.

"Ini." Pakcik itu menunjukkan jarinya di salah satu butang.Huruf C.

"Bukan, dekat butang Esc tu." Nurindah terdiam lagi.Kalau tak nampak tentulah mustahil bagi pakcik ini untuk kenal C atau Esc atau apa-apa.

Otak Nurindah berpusing ligat.

"Okay pakcik, cari butang kiri yang paling atas."

"Ini." Jari itu menunjukkan butang Esc.

Seperti ada harapan.

"Okay, pakcik tunjukkan butang sebelahnya."

"Ini?"

"Okay, teruskan tunjuk yang sebelahnya."

"Ini?"

"Lagi."Dia mengarah.

"Ini?"

"Ya.1,2,3,4.Butang yang keempat dari kiri." Itu simbol yang dicari-cari."Cuba tekan."

Tak ada apa-apa yang berlaku.Tentulah sebab bergantung pada jenis komputer.Ada yang perlu tekan butang Ctrl atau Shift atau Fn bersama.Ahh, makin mencabar ni.

Dia tidak mahu putus asa.

"Saya mahu pakcik cari lagi butang lain.Mungkin ada lagi butang yang perlu ditekan sekali."

Diam.Mungkin pakcik ini sedang cuba memahami.

Ya Allah, mengajar komputer kepada orang tua susah apatah lagi kalau yang yang buta.Terbayang-bayang ibunya di kampung yang setiap hari bertanya itu ini tentang telefon pintarnya.

"Pakcik, saya nak pakcik pegang dulu butang yang atas tu dengan jari kanan.Sekarang dengan jari kiri cari butang yang paling bawah sebelah kiri."Dia mahu menyasarkan butang Ctrl.

Setelah beberapa minit butang itu dijumpai.

"Okay tekan butang ini bersama-sama dengan butang tadi."

Tidak ada perubahan.

"Ya Allah, macam ni."Tanpa sedar suara itu terkeluar.

Diam."Komputer ini mute kan?" Pakcik tu bertanya.

"Kalau mengikut simbol yang saya nampak tadi ianya tidak mute.Mungkin perlahan sahaja."

Keretanya sudah sampai di lapangan terbang Langkawi. Pemandu Grab turun untuk mengeluarkan bagasinya.

"Cuba lagi." Nurindah cuba lagi mengarahkan itu ini tapi kali ini gagal.Tidak semudah memeriksa tudung yang kedut rupanya.

Kecewa."Maaf pakcik.Ada tak nombor telefon sesiapa yang terdekat supaya saya boleh telefon mereka untuk tolong pakcik?"

"Tak ada."

"Minta maaf pakcik.Saya tak nampak.Saya tak boleh nak tolong."

"Tak apa nak."

Panggilan diputuskan dengan kekecewaan.

Melangkah longlai ke balai pelepasan.

Nurindah membuka laptopnya.

Simbol speaker direnungnya lama.

Tidak terlintas betapa susahnya simbol ini sehinggalah ke hari ini.

Lapangan Terbang Langkawi
5 Ogos 2018







Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u