Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

Entri 101 : Masa Depan

Masa depan itu untuk dicipta bukan diramal Rancanglah dan bekerjalah selebihnya bertawakal Risau perkara-perkara yang tidak-tidak hanya membazirkan waktu hidup Peruntukkan masa untuk berusaha, berehat dan berserah Berserah itu seperti memaafkan Belajarlah untuk let go perkara-perkara yang di luar jangkauan Kerana kita manusia Maka rancangan kita dibatasi oleh fitrah manusia Kerja kita hanyalah setakat kemampuan makhluk Serahkanlah selebihnya kepada yang Khaliq Biarkan Dia memperbaiki kerja kita Berdoalah agar hati menjadi tenteram Moga moga masa depan kita lebih baik Selamat tinggal 2018, tentunya kita tak akan berjumpa lagi. Moga moga aku menjadi orang yang sentiasa belajar dan memberi. Menara Binjai, Kuala Lumpur.

Entri 100 : Maaf

Maafkanlah dirimu sahabat jika setiap hari engkau awal tapi hari ini engkau lewat. Maafkanlah dirimu jika selama ini kau bekerja keras tapi hari ini kau tidak berbuat apa apa. Maafkanlah dirimu yang tadi terleka dan alpa  Maafkanlah dirimu yang semalam yang melalui kegelapan Maafkanlah dirimu moga moga kau mendapat kekuatan memaafkan orang lain Maafkanlah moga moga  kemaafan itu  menjadi belas Tuhan ke atas mu di sana.

Entri 99 : Jam

Orang kata kalau nak melambatkan masa kita perlu cepat. Makin kita laju, masa makin lambat. Kalau nak banyak masa kena gunakan sebanyak mungkin.Makin banyak guna , makin banyaklah masa. Perkara yang paling jauh dan sentiasa makin menjauh adalah masa yang berlalu , maka hargai masa sekarang kerana walaupun hanya satu saat yang berlalu takkan kita dapat mencapainya.