Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia.

Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia.

Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari.

Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita?

Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio.

Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Ibu, bapa dan mereka yang menunggu kita saat itu tidak membuat permintaan yang menggunung. Tak apa lelaki atau perempuan. Tidak ada cita untuk anak-anak menjadi perdana menteri, doktor , engineer atau apa apa yang materi.

Cukuplah anak engkau dilahirkan sihat dan sempurna sifat.

Itu sahaja.

Atas segala perjalanan yang kompleks dalam melahirkan seorang manusia, wajarkah kita ini yang berjaya melaluinya ini menyesali nikmat hidup sebagai manusia?

Nikmat hidup sebagai makhluk pilihan untuk memimpin.
Nikmat hidup untuk melihat alam dari pandangan seorang manusia bukan dari pandangan sel.

Ya Allah, tidak ada satu nikmat pun yang dapat aku nafikan.Malah jika syukurku merangkap langit dan bumi, ianya belum tentu untuk membalas nikmatMu walau untuk satu nafas.

Comments

Popular Posts