Entri 113 :Hijrah

“Kenapa mahu bekerja di KL?Dah elok elok di Penang?”

Nurehan menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sedikit keliru.

“Mengapa?”Ugh...soalan sendiri pun susah mau dijawab.

Mengapa KL?Pencemaran,jenayah,jauh dari keluarga.Malah rumah pangsapuri kos rendah yang dibelinya masih dalam proses pengubahsuaian. Semuanya lengkap di sini,jadi apa yang dicarinya di KL?

Pengalaman hidup?Bukankah kerjayamu bermula di KL,kemudian di sini dekat dengan keluargamu?Tidak cukupkah?

Dia merenung tawaran temuduga di skrin komputer,temuduga kali kedua setelah ditemuduga melalui telefon tempoh hari.

Sudah hampir  enam tahun dia bekerja di Pulau Pinang, syarikat yang sama sebagai jurutera perisian .Umurnya mencecah 34 tahun depan,berapa lama lagi dia mahu bekerja di syarikat yang sama?Setakat ini pekerjaannya bagus,dia selesa . Mungkin sangat selesa,tapi sampai bila? Dia tidak mahu terbangun dan sedar yang dia tidak punya apa apa.Umurnya masih boleh bertahan untuk menerima cabaran,maka inilah masa yang terbaik.Berhijrah, meluaskan perspektif. Jawapan jawapan yang relevan mula muncul.

Beri tempoh dua tahun untuk diri sendiri, kemudian jika ada rezeki dia akan pulang semula ke Pulau Pinang dalam keadaan lebih baik daripada sekarang.Dia nekad.

Pemandangan di Kundasang

Nota: Tulisan ini terperap beberapa lama maka penulis memutuskan untuk publish supaya dapat dijadikan kenangan.

Comments

Popular Posts