Entri 115 : Kad kredit hilang

"Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke ?"
Dilema.

Balik dengan kereta mahal banyak, penat sedikit dan bosan sebab pandu seorang diri. Tak ada geng buat membawang dalam kereta di kala pemandu lain  acah-acah samseng atau diri sendiri menjadi samseng.

Balik dengan bas tak penat, murah banyak tetapi kurang fleksibel. Tak boleh berhenti dekat RnR sesuka hati dan tiada istilah 'ambillah masa manis kamu sebanyak mungkin'.

Jika dia memilih untuk balik kampung dengan kereta maka dia cuma ada esok hari untuk servis kereta dan semestinya kos servis tak dijamin murah juga.
"Nak balik kampung naik bas ke naik kereta bas ke kereta bas ke kereta bas ke?"
Lupakan keretapi kerana karutlah jika tiket masih ada jika dibeli saat akhir. Jika dapat beli dua minggu sebelum pun dikira bernasib baik. Semua orang suka naik keretapi walaupun mahal sebab cepat. Tiket ETS sangat laku keras.

Semalaman dia masih berkira-kira dan akhirnya di pagi hari Jumaat yang indah dimesejnya adik.

"Along balik dengan kereta." Pilihan itu seperti keluarnya bulan biru. Tidak ada alasan rasional.

Kerana antara kereta dan bas tentulah untung lagi balik dengan bas jika seorang diri. Maka bergegaslah dia memandu ke pusat servis.

RM1000.Seribu.Lebih sedikit.

Kerana servis termasuk flushing tukar sana sini dan dia tidak berkira sangat asalkan kereta yang berusia 11 tahun lebih itu berfungsi dengan baik. Itupun pomen buat sebab dia mengadu sana sini.

Lagi pun ada kredit kad kan. Dia membuka dompet - mencari kredit kad.Tak ada.

Dipunggahnya dompet, beg dan tempat yang disyaki masih TAK ADA.Hati sudah berdebar-debar.
Serius! Tak Ada!
Cepat cepat dia menelefon pihak bank, supaya kad itu diblok secepat mungkin.Gilalah, berapa ramai yang hilang kad kredit dalam sekelip mata habis ribu-riban. Sekarang sangat mudah, wave saja kira jadi.

“Tapi kad cik sudah diblok..”

“Bila?”

“5 Mei . Rasanya ada orang jumpa waktu ni dan buat laporan. Dah dua minggu hilang cik.” Nada suara pegawai bank itu seperti kehairanan macam mana cik puan ini boleh tak perasan hilang kad kredit.

Hari ini 17 Mei.

“Saya tak perasan sebab jarang guna.Boleh tolong checkkan kalau kalau ada transaksi yang pelik pelik?” Suara hati pegawai bank itu mungkin sudah terjawab.

“Kali terakhir cik guna di farmasi Guardian, sebelum tu di Giant Kota Damansara pada 5 Mei berjumlah..."

Giant Kota Damansara bukanlah berdekatan dengan rumahnya. Dia teringat yang dia ada membeli barang barang runcit untuk disumbangkan ke program Yayasan Salam dan kemudian singgah di farmasi dan mungkin selepas itu kad kreditnya tercicir.

Mujurlah ada hamba Allah yang baik hati meringankan tangan untuk menghubungi pihak bank dan melaporkan kehilangan kad.

Berapa banyak kes-kes hilang kredit kad melibatkan kerugian yang banyak kerana tak perlu tandatangan , ada fungsi wave. Tahu tahu sahaja beribu habis di kedai barang kemas dan lain-lain.

Terima kasih Allah menggerakkan hatinya untuk servis kereta dan menggerakkan hati manusia yang lain untuk menolongnya.

Benarlah.
Jika Allah memilih untuk mengurniakan kebaikan kepadamu maka tiada siapa yang boleh menghalangnya dan jika Allah memutuskan untuk membiarkan kamu dan menghukum kamu maka siapalah yang dapat menolongmu.

Suatu petang di satu tempat di Britain, anak-anak ini bertanya kepada bapanya, Simon ;
siapakah Nur yang namanya diukir di atas pasir.

Comments

Popular Posts