Entri 120 : Kaca Mata


Dia batuk.

"Maaf cikgu, saya batuk tak dapat hadir ke kelas."

"Dah berapa lama batuk tu?"

"Dekat seminggu juga."

"Cuba check takut takut terkena sihir." Yang berkata itu mahir tentang perkara-perkara sihir, ilmu ghaib dan sewaktu dengannya.Tentulah itu yang difikirkan dahulu.

Senyum.Sedikit orang itu tahu bahawa dia batuk seminggu tanpa mengambil sebarang ubatan. Dek takut makan ubat, maka dia tunggu dulu dengan minum air limau panas, ambil supplement.

Sekarang pula musim jerebu. Mungkin dia terkena sihir atau mungkin dia sakit disebabkan jerebu. Sangat berbeza tu!

Dari kaca mata pengamal perubatan roh , kemungkinan disihir, diganggu jin atau dicintai jin. Pergilah klinik mana pun, buatlah pembedahan banyak mana pun jika tidak dibuang boleh bawa mudarat!

Dari kaca mata doktor, kebanyakan yang sakit kerana jerebu, minum air tak cukup dan makan tak jaga.Doktor membebel, makan suka hati malas senaman kemudian salahkan jin pula!

Mana yang betul?

Senyum. Tak ada yang salah. Dua dua betul.

Habis bagaimana nak pilih?

Hidup kita bukan diwajibkan memilih satu kaca mata dan hanya melihat melalui satu kaca mata saja. Itu sangat merugikan.
Hidup kita diwajibkan untuk menimba ilmu dan menguatkan iman supaya boleh memilih kaca mata yang sesuai mengikut berdasarkan keadaan.

Hidup ini indah dan satu kaca mata tidak cukup untuk melihat semua keindahannya. Rugi!

Jangan dibazirkan bertengkar kaca mata yang mana satu lagi baik. Sibuk bertengkar sudahnya ilmu untuk menggunakannya dengan betul diabaikan. Akhirnya kaca mata dipakai tanpa ilmu.

Ianya hanya alat. Alat hanya memberi faedah bila digunakan dengan ilmu dan iman.

Bilik cermin penuh dengan imaginasi


Comments

Popular Posts