Entri 122 : Sarapan

Khamis, hari kedua dia berada di Malaysia setelah 11 hari mengembara. Masih berusaha membetulkan rutin harian yang ditinggalkan seminggu lebih.

Jerebu dijangka bertambah teruk hari ini.

Pagi pagi sesudah membasuh kain dia bergegas ke pejabat. Memakai topeng muka N95 setiap kali ke luar rumah bukanlah rutin yang menyenangkan. Tetapi lebih baik pakai dari sakit.

Lapar, dalam perjalanan dia memikirkan sarapan apa. Dikerlingnya jam, baru pukul 8.30 pagi. Wahh masih awal pagi ini. Kenapa perutnya lapar benar?

Semua gerai tutup!

Pelik. Dia melintasi Starbuck yang betul betul di tingkat bawah pejabatnya - perlu dielakkan di waktu hujung bulan begini terutamanya apabila dia sudah berbelanja bagai nak rak di Ho Chi Minh tempoh hari.

Sanggup dia menuruni tingkat B1 dan singgah di News.com . Rak roti kosong , samada roti segera atau tidak. Pelik sekali.

Masih awal tetapi kenapa semua sarapan yang diidamkan licin?

Dia mengerling ke jam sekali lagi. Aduh, rupanya waktu jam Fitbit masih belum sync ke waktu tempatan.
Bukan 8.30 pagi lah... tetapi sudah pukul 9.30 pagi.Dush!!

Perut berbunyi.Dia harus bersarapan.Dengan bunyi perut sebegitu setin biskut takkan mampu mengenyangkan.

Mahu tak mahu dia ke Starbuck. Memesan roti tanpa kopi.

Selesai membayar, pekerja di situ menyuruhnya tunggu."Sekejap, saya panggil Manager. Nak check receipt."

Dalam hati, hanya sekeping roti - saya tak perlukan resit. Tapi entah mengapa dia terpacak di situ.

"Cik, ada masa untuk jawab survey? Boleh ke web ini?"

Dengan sabarnya dia menjawab soalan sambil diperhatikan manager tersebut.

"Okay cik, terima kasih sebab sudi luangkan masa. Cik boleh redeem kopi di mana-mana outlet Starbuck dalam tempoh 14 hari."

...

Rupanya kopi percuma itu rezekinya. Sedaya upaya dia mengelakkan untuk bersarapan di Starbuck, tetapi jika Allah mahu yang itu. Itulah jadinya.

Dalam kehidupan ini, berapa banyak yang kita rancang tidak menjadi, yang kita mahu tak dapat-dapat sedang Allah sedang menyediakan perkara-perkara yang lebih baik dari yang kita mahu.

Siapa tahu?
Pagi pagi sampai di SLA Boutique, Phnom Penh setelah semalaman tidur di atas bas.
Kopi hitam begini rasanya paling sedap mengubat kebluran.

Comments

Popular Posts