Langkau ke kandungan utama

Entri 125 : Langit

Mendarat lapangan terbang antarabangsa Siem Reap pada pukul lebih kurang 10 setengah malam agak memenatkan. Seorang pemandu teksi berusia 30 puluhan bermuka Melayu menyambut mereka ramah dengan bahasa Inggeris yang fasih.

"Dari mana belajar Inggeris?"

"Dari sami-sami, kemudian belajar bercakap dengan pelancong di sini-sini.Di sini yuran universiti sangat mahal, jadi kebanyakan kami belajar begini."

Tidak mengejutkan jika kanak-kanak yang menjual cenderahati di sini boleh berbahasa Inggeris, Mandarin, Melayu dan pelbagai bahasa yang lain. Yang mengejutkan adalah bila dia mengenangkan dirinya yang sendiri masih merangkak-rangkak belajar bahasa Arab, Mandarin atau Inggeris padahal kemudahan belajar di Malaysia sangatlah murah dan mudah di Malaysia.

Terpukul sejenak bila memikirkan dia setiapkali beribu alasan untuk belajar sedang di sudut dunia ini ada yang belajar bermodalkan kecekalan. Serba kekurangan.

"Mekah ini gersang, tidak ada laut atau tasik yang cantik. Cuaca pula panas terik. Tidak seperti negara-negara lain. Semoga sesuatu yang tiada apa-apa dan gersang ini boleh memenuhkan hatimu." 

Siem Reap dengan wajah-wajah Melayu tetapi menggunakan pertuturan asing, tulisan yang asing dan rata-rata beragama Buddha.

Bahasa Khmer yang diwarisi itu dipengaruhi dari bahasa Sanskrit dan Pali dari zaman dahulu kala. Dikatakan bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh yang sama dan tulisan yang lebih kurang sama. Tidak mengejutkan bukan?

Selepas itu bahasa Melayu dipengaruhi dengan bahasa Arab dengan mengadaptasi tulisan Jawi dan kemudian ianya dirumikan. Sayang, sepanjang tempoh evolusi bahasa sedikit sebanyak ada huruf tertinggal dan ada makna yang mungkin disalahertikan.Bahasa jiwa bangsa, walau tercicir satu huruf akibatnya boleh jadi fatal.

Harapkan pagar, pagar makan padi.

Jika tidak dicari betul betul, akan ada tuduhan seperti ,

"Apalah bahasa Melayu ini? Sejak bila pagar boleh makan? Patutlah orang Melayu selalu pening!"

Lebih tajam lidah dari pedang, yang menyedihkan ianya keluar dari mulut empunya bangsa itu sendiri.

Sedangkan peribahasa tersebut sebenarnya merujuk kepada sejenis spesis ayam yang digelar Ayam Pegar.

Saat dia sampai ke hotel, seorang pelancong Barat melambakkan cadarnya di ruang lobi sedang pekerja-pekerja di situ melayannya. Entah kenapa hatinya tiba-tiba terasa berat. Perasaan itu datang kembali.

Tidak ada kena mengena. Cubalah bersangka baik. Pesannya hatinya sendiri.

Indonesia, memori saat dia berjalan seorang diri pagi-pagi buta menempuh dingin embun semata-mata ingin mengejar matahari naik. Dia suka melihat matahari naik sebab suasananya sunyi dan tenang. Hanya orang yang berjaya bangun awal faham akan nikmat melihat matahari naik.Keindahan matahari naik berbeza dengan keindahan matahari terbenam.Melihat suasana bumi memulakan kehidupan.SubhanAllah.

Melalui jalan yang agak sunyi di Gili Terawang atau digelar Gili Tra la la oleh penduduk tempatan dek kebisingannya di waktu malam.

Kedengaran suara ;

"Ahhh.. you can do it. Come on!!"

"Yes, just do it."

Dua orang wanita Barat sambil meneguk bir memaksa budak lelaki mengayuh basikal sedang mereka berdua mahu memboncengnya. Mana mungkin?

Terketar-ketar kaki budak itu cuba mengayuh sedang dua orang wanita tersebut menjerit jerit memberi sokongan sambil ketawa.

"Go on."

"I can PAY you. Come on!Let's go!!"

Dia berdiri kaku di situ menjadi saksi adegan tersebut. Masa terasa sekejap tetapi dia sempat menangkap mata lelaki itu tepat memandang matanya.Mata yang sayu, keliru dan pelbagai lagi.

'Aduh bule ini sudah mabuk, mbak.' Kata budak itu sambil senyum pahit. Sedang dia berdiri di situ dengan rasa  simpati, tidak melakukan apa-apa.

Mata sayu dan senyum pahit budak lelaki itu terus melekap di ingatan dan apabila di sini perasaan yang sama itu semakin kuat.
Melihat mata-mata keletihan dan senyum dipaksa-paksa.

"We PAY you! So we DESERVE it."

Duit duit ditabur, harga makanan mahal, semua mahal. Harga arak lagi murah dari Coke!

Dan wanita wanita tempatan di jalanan memanggil manggil untuk urutan. Takut dia hendak memikirkan jika perkhidmatan mereka benar-benar sekadar urutan.

Negara-negara miskin menjadi pusat hiburan yang langsung tidak mencerminkan budaya masyarakat tempatan. 

"Jangan terkejut Nur, di negara kita sudah berlaku demikian terutama di pulau-pulau.Perkara-perkara yang sudah di luar budaya berlaku hanya untuk menarik perhatian pelancong kerana DUIT." Antara kesimpulan seorang sahabat apabila bercerita tentang pengalamannya.

Benar, rupanya persepsi hiburan berbeza bagi setiap orang.
Begitu juga dengan ayat;

Saya kerja kuat maka selayaknyalah saya mendapat apa yang saya nak!

Tidak semestinya.Ada di sudut dunia, di mana separuh mati berusaha hasilnya tetap buntu.

Tidak semestinya.

Rupanya dia baru terjaga dari mimpi indah yang disangka realiti. Realiti itu pahit.BUNTU.
Seperti ada tembok besar menghadangnya, ke kiri kanan atau mana saja tidak boleh. Mujur dia masih dapat memandang langit.

Ya Allah, Engkau yang mengurniakan rasa kecukupan, keselamatan dan keamanan. Jika hati kami ini dipenuhi oleh Mu, maka tiada siapa boleh mengambilnya dari kami. Penuhkan hati kami dan penuhkan hati mereka ini.
Amin.
Langit biru itu, ada insan lain yang langsung tidak berpeluang melihat langit itu.
Ta Phrom, Siem Reap . Kredit gambar @dausharon [Instagram]
Nota : Realitinya penulis terasa sarat sangat untuk menulis entri kali ini. Dek kerana sarat, penulis memutuskan untuk meletakkan noktah.Didoakan semoga segala maklumat di sini dapat membantu pembaca untuk lebih membaca dan mengkaji.

Antara rujukan :

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Entri 182 : Kronologi Donat Tidak Rupawan 1.0

Keinginan hendak menikmati donat yang gebu berasap-asap sudah lama terpendam di dalam hati. Yang diidamkan bukanlah donat popular yang dijual di kedai-kedai kayangan tetapi yang dijual di pasar-pasar. Malangnya setiap kali dibeli, dicuit-cuit keras rupa bentuknya dan hambar rasanya. Seorang sahabat membeli bombolini juga tidak dapat memuaskan keinginannya. Terbayang-bayang di waktu kecil bonda menguli donat di waktu malam dan keesokan paginya mereka anak beranak bersarapan dengan donat yang gebu, bulat dan lembut sempurna. Begitulah keinginan hati Che Unid yang membuak-buak, akhirnya setelah menghabiskan masa beberapa hari di YouTube terjumpalah dia akan resepi donat Che Nom  maka nekadlah dia untuk membuat sendiri donat idamannya. Jangan ditanya kenapa Che Unid tak bertanya resepi dari Che Odah, bondanya. Saat Che Unid menulis entri ini Che Unid sendiri berasa hairan kenapa dia boleh terlupa langsung tentang kepakaran Che Odah memasak terutama resepi-resepi lama. Mungkin kerana itulah

Entri 165 : Tulang Belakang

 Lewat pagi Ahad beberapa minggu ini rutin paginya ialah bergegas berjumpa kiropraktor dan selebihnya me-time  di mana dia memperuntukkan masa untuk menulis beberapa entri, membeli barang dapur dan lain-lain. Dalam tempoh Covid ini dia belajar banyak perkara. Tentang bunga, tentang depresi, tentang tulang belakang dan tentang penulisan. Mungkin hikmah perintah berkurung membuatkan dia mempunyai banyak masa untuk belajar dan muhasabah, menilai semula hidupnya. Teringat cerita Yusoff yang lebih menyukai penjara dari hidup luar yang liar dan kalut. Selepas keluar penjara, Yusoff menjadi orang yang diamanahkan untuk menguruskan harta kerajaan Mesir. Jika orang itu menkehendaki kebaikan, di penjara pun dia akan mendapati kebaikan dan pelajaran. "Bagaimana ya untuk mengubah persepsi orang tentang kesihatan tulang belakang?" tanya doktor yang merawatnya. Bukan senang hendak mengubah persepsi orang lain, persepsi sendiri pun kebanyakan susah diubah. Tulang belakang tersorok di dalam

Entri 187 : Anak Tentera

Sekitar tahun 1989 di sebuah perkampungan kecil bernama Binjul. Seingatnya pada waktu itu tidak ada bekalan elektrik. Bekalan air juga tidak ada, penduduk cuma bergantung pada air bukit dari Lata Bukit Hijau yang sejuknya seperti ais mencucuk ke tulang. Ibunya seorang suri rumah dan ayahnya seorang tentera yang selalu tidak berada di rumah. Apabila mereka pindah di rumah lama dua tingkat, penduduk kampung tertanya-tanya siapakah penghuni rumah yang dikatakan berhantu itu? Dia sendiri tidak pernah melihat atau mendengar apa-apa yang aneh, cuma rumahnya jarang dikunjungi orang selain saudara mara. Bapa mertua ibu yang dipanggil Che selalu datang melawat terutama jika ayah berada di luar kawasan. Kadang-kadang air bukit tak mengalir kerana kemarau. Ibu terpaksa mengangkut air di perigi di belakang rumah. Jika cuaca panas, air perigi itu menjadi kering dek kemarau dan mereka terpaksa berjalan ke perigi lain  yang jauhnya hampir satu kilometer. Dia masih ingat pagi-pagi dalam keadaan gelap