Entri 129 : Epilog Cinta buat Eusoff

"Ahh where is my phone?"

"Your left it inside meeting room,don't you?"

Dia menjejaki, berjalan ke meja QA - tidak ada. Berjalan ke bilik mesyuarat, dalam gelap telefon bimbitnya terdampar di atas meja.

Alhamdulillah. Dia berasa gembira, bukan kerana menjumpai telefon bimbitnya tetapi tabiat buruknya selalu lupa telefon bimbit telah kembali.

Doanya akhirnya dimakbulkan dan sekarang dia kembali bebas seperti biasa.

Terkenangkan kisah Zulaikha saat mabukkan cinta Yusof, tentu menderita rasanya jatuh cinta pada orang yang salah. Eh, Yusof tidak salah, Yusof terbaik namun sebagai isteri orang keadaannya tidak kena. Tentu Zulaikha terasa perit bila selalu berjumpa dengan orang yang dicintai tetapi tidak dapat dimiliki. Mungkin juga Zulaikha pernah berdoa supaya rasa cinta itu hilang. Kisah hati siapalah yang tahu.

Hati mahukan apa yang hati mahukan, walaupun ia bertentangan dengan pendirian atau apa sahaja.

"And I'll bet the odds against it all
Save your advice 'cause I won't hear
You might be right but I don't care
There's a million reasons why I should give you up
But the heart wants what it wants" Selena Gomez


Pengembara solo , San Francisco : Dreamforce 2018
Pemandangan di Pier 49 di waktu senja

Comments

Popular Posts