Entri 134 : Hari yang ke 29

Istimewa betul 29 Februari kerana empat tahun sekali sahaja berjumpa.

Istimewa juga hari ini  dan setiap hari kerana 24 jam didepositkan ke dalam akaun tanpa ada kompromi.Sama ada kaya, miskin, sihat, sakit, tua, muda semuanya berhak mendapat 24 jam.

27 Februari hari lahirnya, semalam famili buat kejutan. Sebenarnya dia sudah lupa bila kali terakhir dia menyambut hari lahirnya sendiri bersama keluarga.Rupanya dia terlalu sibuk sehingga tidak betul betul menikmati masa dalam sehari.
Untuk tahun ini dia tidak bersemangat nak buat objektif  bagai, apakah petanda sudah hilang ghairah hidup? Impiannya menjadi semakin kecil mungkin?

Seperti zaman kecil kecil dahulu sewaktu mereka sekeluarga dapat membeli TV second hand.
Seperti mana dia begitu gembira apabila cikgu memberitahu ada lori Milo akan ke sekolah.
Dia mahu perasaan yang sama pada waktu sekarang.

Kepuasan tidur yang lena tanpa risau
Kesihatan yang baik
Rumah yang bersih dan aman
Masa bersama keluarga
Menikmati perkara perkara kecil setiap hari
Seperti perjalanan ke pejabat
Menikmati senyum dan salam yang diberi dan juga memberi senyum dan salam
Menghargai masa bersama manusia di alam realiti
Saat lamanya sujud 34 kali sehari atau mungkin lebih

Alangkah bahagianya jika hidup ini disibukkan dengan mencipta memori yang baik baik semoga dapat memberi keuntungan yang besar selepas mati nanti.



Ya Allah , kurniakan rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami - al Kahfi : 10


Comments

Popular Posts