Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2020

Entri 139: Kereta

23 Mac 2020 Isnin "Apa yang kita dapat hari ini, segala kemudahan dan keselamatan. Mungkin kerana doa datuk moyang atau doa sesiapa sahaja untuk kita yang dimakbulkan Allah" Pagi pagi dia sudah bangun solat  Subuh dan bersiap siap. Hari ini tugasan utamanya adalah untuk membeli barang barang yang sudah disenaraikan semalam.17 barang semuanya. Dia memilih untuk memakai  jubah hitam yag paling ringkas, selendang  yang tak perlu dipin. Alasannya balik nanti senang untuk ditanggalkan.Duit pun diasingkan dalam dompet kecil, malah dia memutuskan utuk memakai beg tangan yang paling lusuh. Ya, supaya tak meyesal bila terpaksa dinyah-bakteriakan and mengakibatkan lusuh dan rosak. Hari ini hari ke-enam mungkin, dia sudah hilang kira. Sampai sahaja di deretan kedai  Taman Melati, dia membuat penilaian kasar. Terdapat empat buah kedai, tiga buah daripadanya adalah kedai runcit yang ada menjual barangan basah dan satu daripadanya ialah KK Mart yang cuma menjual barang-barang k

Entri 138 : Hari Keempat

Kalau ikut hati nak publish hari Rabu tapi dek disebabkan jemu terkurung dalam rumah saya publish jer la. Tadi lepas Subuh saya tertidur dan bermimpi pergi shopping baju dan handbag . Perkara yang anda perlu tahu, Pertama , saya jarang bermimpi. Mengigau jarang lagilah kan. Kedua, saya shopping baju dan beg? Bukan tak pernah tapi jarang. Nampak sangat kan, kesan terkurung dalam rumah. Sampai boleh mimpi pergi mall beli baju pun dah nikmat kan? Nikmat pergi kerja dan balik kerja, Nikmat kerja kat dalam office. Nikmat makan kat luar. Nikmat jumpa kawan kawan. Tapi kan, sebosan mana pun terperuk dekat rumah ni apalah sangat  nak dibandingkan dengan mereka yang bekerja siang malam nak selamatkan nyawa. Yang kerja dekat hospital , termasuk security , tukang masak , tukang cuci. Yang kerja polis, bomba dan sebagainya. Jemunya saya duduk rumah boleh lagi scroll Instagram dan Facebook.Gaji jalan juga buat masa sekarang walaupun stress bekerja. Stress bekerja sebenarnya nikmat s

Entri 137: Kuarantin

Mungkin ini adalah musim yang paling menggembirakan bagi mereka . Bumi tu bulat!

Entri 136 : Virus Sebenar

Setan...memang nampak comel

Entri 135 : Oh , pemandu Grab

Pagi di Pusat Servis Perodua. "Nanti dah siap telefon.Saya datang." Pesannya kepada staf Perodua yang bertugas.Dia tidak mahu menunggu selama keretanya diselenggarakan.Masa yang terluang boleh dihabiskan dengan pelbagai perkara lagi seperti tidur mungkin. Sekarang dah tak susah dengan adanya applikasi Grab dan pelbagai.Oh, pemandu Grabnya sudah sampai. Setelah mengesahkan alamat kerana pernah ada kes penumpang menaiki kereta yang salah dia terus masuk.Saat dia sudah menutup pintu, tiba-tiba pemandu Grab tu bertanya, "Awak perasan tak baju saya dan baju pekerja Perodua tu sama?' Eh.Dia terus berpaling, segera membandingkan T-shirt pekerja Perodua tersebut dengan pemandu Grab. "Haah.. Samalah.Awak kerja Perodua ke? Ehhh... awak ponteng eh?"Terus dia bagi sebiji. "Eh mana ada."Ketawa. "Saya kerja bahagian Sales ." "Ye ke?" Was was.Entah-entah pekerja dari Pusat Servis tersebut. "Ye lah.Ini pun kira tengah be