Entri 135 : Oh , pemandu Grab

Pagi di Pusat Servis Perodua.

"Nanti dah siap telefon.Saya datang." Pesannya kepada staf Perodua yang bertugas.Dia tidak mahu menunggu selama keretanya diselenggarakan.Masa yang terluang boleh dihabiskan dengan pelbagai perkara lagi seperti tidur mungkin.

Sekarang dah tak susah dengan adanya applikasi Grab dan pelbagai.Oh, pemandu Grabnya sudah sampai.

Setelah mengesahkan alamat kerana pernah ada kes penumpang menaiki kereta yang salah dia terus masuk.Saat dia sudah menutup pintu, tiba-tiba pemandu Grab tu bertanya,

"Awak perasan tak baju saya dan baju pekerja Perodua tu sama?'

Eh.Dia terus berpaling, segera membandingkan T-shirt pekerja Perodua tersebut dengan pemandu Grab.

"Haah.. Samalah.Awak kerja Perodua ke? Ehhh... awak ponteng eh?"Terus dia bagi sebiji.

"Eh mana ada."Ketawa. "Saya kerja bahagian Sales."

"Ye ke?" Was was.Entah-entah pekerja dari Pusat Servis tersebut.

"Ye lah.Ini pun kira tengah bekerja juga ni."Jawabnya.

 Dia meneliti keadaan kereta Alza yang dipandunya.

"Selalu ke hantar kereta kat sini?" Tanya pemandu.

"Dua kali dah."

"Berapa tahun dah kereta tu?"

"Dah nak masuk 10 tahun."

"Ohh ... boleh tu nak tukar kereta baru."Pemandu tersebut ketawa, lantas menyambung."Bulan depan Myvi baru akan keluar.Memang canggih." Dia mencapai telefon membimbitnya, menekan sesuatu.

"Oh ya.Apa yang bagus?"Tanya Nurindah.Nampak gaya pemandu Grab ni memang sedang buat kerja promosi.

"Ada sensor, contoh kalau macam kita terlelap tiba-tiba ianya takkan mudah mudah berlanggar.Lepas tu hidup enjin pakai tekan suis jer dah jalan.Canggih."

Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Nurindah.

"Nah, cuba tengok gambar-gambar tu.Cantik kan?"Pemandu tersebut kelihatan bersungguh bercerita.

"A.. aa.." Dia membelek gambar gambar MyVi yang terpapar di telefon bimbit.

"Kalau berkenan ini kad saya.Boleh trade in kereta lama bla ... blaa..."

Bijak betul strategi ni ya.Syarikat kereta, pegawai jualan juga memandu Grab.Pandu kereta syarikat, secara tak langsung penumpang akan dapat pengalaman dengan kenderaan tersebut.

Bijak...bijak.

"Dah sampai.Sini kan?"

"Ya.Terima kasih."

"Kalau berkenan, jangan segan tau.Telefon saya."

"Yelah."Dia tersenyum kecil.

Kerja kuat.

Jika ada yang masih lagi berkata orang kita malas, yang rajin pun banyak sama seperti mereka yang lain.



Comments

Popular Posts