Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2020

Entri 144 : Hikayat Orang Kaya Tak Boleh Tidur

Benar sekali.Dalam semua masalah, masalah inilah yang menimpa Orang Kaya. Bila malam menjelma, Orang Kaya masih terkial kial memejam mata. Cemburu dia melihat anak-anak dan isteri tidur, hatta tergolek jatuh katil sekalipun tak sedar. Maka mencari-carilah Orang Kaya ini petua untuk tidur lena, bukan tidur-tidur ayam. Badan letih tapi tak boleh tidur. Didesaknya si isteri dan anak-anak menekan Google , scroll Facebook dan mencari petua petua di segenap alam maya yang membolehkan Orang Kaya tidur seperti orang lain. "Cubalah bersedekah" Cadang isterinya. Muka Orang Kaya merah menyala. "Bukankah aku sudah bersedekah banyak, lihat ada Youtube channel lagi semata mata untuk bersedekah."Marahnya. "Tapi bang, tu meriyak bang!" "Amboi, asal yang kau nampak tu riak aku la yer." Bengang si Orang Kaya ini. Itulah manusia ; bila kita sedekah diam diam tak ada siapa tahu  kata kedekut. Bila buat heboh heboh kata riak pula. Memang Orang Kaya su

Entri 143 : Hari yang 38 kan?

Sedar tak sedar masa berlalu, lebih dari suku daripada 2020. Esok lusa Ramadhan. Pastinya puasa kali ini langsung tidak sama seperti puasa sebelum sebelumnya. Di era 2020 ini tiada kereta terbang. Dia tidak berharap kewujudan kereta terbang, cukuplah dengan kapal terbang, helikopter, dron dan benda-benda lain yang berterbangan. Semasa mula mula menyambut tahun baru, dia tertanya-tanya sendiri. Mana gol dan pelan tahun ini? Dirinya memaki, 'Apa nak jadi dengan kamu ini?' Rupanya seperti insan insan lain di dalam dunia, tahun 2020 adalah tahun dipaksa belajar. Hari yang pertama Anda unik , tidak ada sesiapa seperti anda. Orang lain juga unik, tidak ada sesiapa seperti orang lain. Jadi masihkah kita ini dikira unik? Mempertikaikan tentang keunikan jelas sekali membuang masa di dunia yang masing masing serba unik ini. Hari yang ke-dua Kemampuan untuk hidup seadanya. Boleh bangun pagi, boleh berbual dengan keluarga, boleh bermesra dengan kawan, berjalan ke sana sini.

Entri 142 : Langit makin biru

Bangun pagi dia kebocoran Terpaksa menukar cadar Ohh...tapi semalam kan baru saja tukar cadar Mana ada cadar lagi hari ni!! Siksanya tidur tak lena  Acap kali terjaga Ohh ...sekarang panas betul Setiap petang hujan berserta guruh Tapi  berpeluh hingga ke hujung kaki Boleh simpan dulu kasut sukan Ohh.. dua kali keretanya  break down dalam tempoh PKP  😎😎😎😎 Masih cool bukan? Cik B mana? Cik B??!! Arghh ... Dia mendongak Langit semakin biru Alhamdulillah Cik B terlepas dari PKP Nota : PKP = Perintah Kawalan Pergerakan (MCO)

Entri 141 : Pulih

Bumi sedang pulih setelah tenat sekian lama.  Setelah memberitahu mereka sekelian lama.  Gempa, tsunami, banjir apa sahaja.  Mereka tidak pernah peduli. Bertuhankan 'Asal aku okay'! Nasib ibu bapa kehilangan anak-anak. Anak kehilangan ibu bapa. Tanah, hutan dirampas malah hingga ke laut dalam, atau ketulan ais. Kebanyakan mereka diculik. Rayuan dan tangisan mereka, Tidak ada siapa peduli. Mereka itu kejam, mereka meneroka , merosak dan merampas semuanya. Untuk ditukar dengan kertas dari pokok-pokok yang ditebang. Tidak pernah cukup, lagi dan lagi. Tamak untuk kehidupan yang sementara. Kemudian bergaduh sesama sendiri. Bumi sedang pulih. Sambil mengajar manusia tentang kemanusiaan. Moga moga ada yang mengambil pengajaran

Entri 140 : Adil

Orang yang duduk mengata orang yang berjalan Orang yang berjalan mengata orang yang berlari Orang yang berlari mengata orang yang duduk Orang yang berjalan mencemuh orang yang berlari Orang yang berlari mencemuh orang yang duduk Orang yang duduk mencemuh orang yang berlari Berjalan, Berlari atau Duduk. Tiada yang salah. Selagi kita mencari dan mengikut jalan yang lurus. Maafkanlah jika tersesat saat mencari Maafkanlah jika penat dan mahu duduk Maafkanlah jika berjalan kerana sudah lama berlari Maafkanlah jika berlari kerana masa yang kian suntuk 20200321