Entri 148 : Saya belajar ...

Dalam entri yang lalu saya cuba memulakan entri dengan ayat ,
"Hari ini saya perasan..."
Seperti ada sesuatu yang tak kena, mungkin percubaan saya menterjemah ayat berikut gagal.
"Today I noticed ..." 
Mungkin beberapa pendapat mengatakan bahawa Bahasa Inggeris lebih sesuai untuk perbincangan dan perdebatan kerana ianya tidak berbunyi kasar. Mulanya saya bersetuju kerana saya menggunakan Inggeris untuk bertutur di pejabat, perbincangan malah apabila saya naik darah mod bahasa saya bertukar ke bahasa Inggeris untuk memaki. Mungkin kerana bunyinya macam tak marah tapi sebenarnya marah.

 Akan tetapi adalah tidak adil untuk menyamaratakan kerana sifat saya yang sangat blunt ini, saya sentiasa berbunyi seperti mahu bergaduh tidak marah. Mungkin darah saya sedikit panas.

Saya jarang menggunakannya Bahasa Melayu untuk berdebat, berbincang. Jarang.Mungkin perbincangan dan perdebatan juga jarang berlaku dalam keluarga.Adalah tidak adil untuk menghakimi bahasa ini samada sesuai atau tidak untuk perbincangan kerana penggunaannya yang jarang.Malah dalam perbualan sehari hari ianya selalu dicampur adukkan  kerana malas nak mencari perkataan alternatif. 

Ianya bukan salah bahasa tetapi sudah menjadi kebiasaan penuturnya suka makan rojak. Juga kerana di Malaysia kita sudah terdedah dengan pelbagai bahasa. Kita ambil sahaja yang jernih.

Saya teringat-ingat pengalaman saya di Indonesia, kebanyakan mereka bertutur dalam bahasa Melayu penuh dan bunyinya sangat indah sekali walaupun ketika pelayan bertanyakan menu.

Malah seorang lelaki yang menjawab pertanyaan saya dengan struktur ayat berikut membuatkan saya teringat sampai sekarang.

"Menurut pikiranku, pemandangan matahari naik di hadapan masjid lebih baik." 

Saya ingat ingat lupa wajahnya juga ayat penuhnya tetapi saya memang terpukau dengan penggunaan "Menurut fikiranku..."sehingga sekarang. Itu antara ayat yang saya tak pernah terlintas untuk mendengarnya di luar dunia penulisan. Nah, patutlah lagu mereka sentiasa meletup letup! Sinetron mereka juga tidak tipikal dengan golongan elit mesti berbahasa Inggeris.

Saya memikirkan zaman dahulu penggunaan perkataan 'hamba' dan 'tuan hamba'. Betapa tinggi keluhuran orang zaman dahulu bila melihat struktur ayat mereka. 

Mereka membahasakan dirikan saya dengan 'hamba' tetapi menggelarkan orang yang diajak berbual itu 'tuan hamba'. Awal awal sudah bernekad saya dengan rendah hatinya atau IMHO.

Bahasa jiwa bangsa. 

Ohh...ke mana saya sudah melalut ni?

Berbalik kepada tajuk entri, mungkin 

"Hari ini saya belajar ..."

Masjid Baiturrahman


lebih sesuai buat masa sekarang.

22052020

Comments

Popular Posts