Entri 150 : Antara naluri dan ketakutan

Hari ini hari apa ya?

Oh bukan Rabu rupanya.

Sudah berapa kali Rabu dia terlepas. Fitrah dunia ini masa berlalu, kawan-kawan berlalu , keluarga berlalu , susah dan senang berlalu . Bersilih ganti tanpa ada yang kekal.

Silapnya adalah dia menyangka dan menikmati atau bersedih atas segalanya seolah olah semuanya akan kekal.

Silap besar.

Dalam beberapa hari ini banyak kejutan yang mungkin menakutkan buat masa ini.

Yang berkahwin bercerai, ada kisah curang dan pisau cukur.

Curang itu kisah isteri yang umumnya terjadi lelaki yang curang.

Yang pisau cukur itu lelaki yang umumnya terjadi wanita yang suka mencukur.

Ianya ada, realiti. Terpulang mahu lihat sisi negatif atau positif.

Kali ini dia mahu meneliti setiap kisah dari pandangan yang berbeza. Dia bertanya soalan yang mungkin berbeza.

"Semasa berjumpa dengan lelaki ini adakah naluri kamu mengatakan sesuatu?"

"Ya, memang dia suka berhutang." Tetapi kadang naluri itu disalah ertikan sebagai buruk sangka dan ditambah pula dengan ketakutan eh bagaimana kalau ini jodoh ku dan selepas ini aku tak berjodoh dan jadi andartu dan mati seorang diri. 

Setiap perkara terjadi yang kita hadapi ada sesuatu yang dibekalkan yang rasanya itu adalah eksklusif untuk kita sahaja, diri kita seorang diri.

Ketakutan dan Gerak Naluri .

Between brain and heart , choose heart first as it beats first before brain?

Sejauh mana betul atau salah ketakutan dan naluri ini hanya kita yang boleh tentukan.Pernah terdengar seseorang berkata,

"Mimpi seseorang itu semakin benar berdasarkan betapa benarnya dia."

Hari ini dia mahu berjogging, di kawasan ini jarang orang berjogging. Tidak seperti di bandar-bandar besar. Keluar di waktu pagi, berjogging di kawasan perumahan dan jalan raya untuk pertama kali merentas jalan raya besar memang menakutkan. Namun ada bisikan yang kuat yang menyuruhnya terus keluar dan jangan buang masa.

Kerana ketakutan melampau akan mengurungnya di rumah.

Pagi ini pemandangan yang paling cantik ialah sepasang suami isteri yang sudah tua berpakaian sukan berjalan sambil berpegangan tangan. Jauh benar mereka berjalan sehingga ke jalan raya besar kemudian pusing balik. Ini kali kedua dia melihat pasangan ini dan kali ini si isteri yang bertudung labuh itu mengucap salam sambil tersenyum.

Hari ini bukan hari Rabu, hari Khamis dia belajar ;
ketakutan dan naluri jika makanannya ilmu dan iman 
dengan izin Allah akan menjadikan pengalaman yang indah dalam hidup

Comments

Popular Posts