Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2020

Entri 156 : Zip

Petang. Seorang kanak-kanak perempuan berbaju uniform sekolah masuk ke dalam lif dalam keadaan lesu. Tangannya penuh buku dan juga beg galasnya kelihatan berat. Dua poket beg terbuka zipnya tidak dipedulikan. "Adik, zip beg terbuka." Dia menegur. Anak itu lesu menjawab, "Tak apa. Biarlah." S eolah-olah melalui hari yang panjang. Masalah zip tu biarkanlah. "Mari sini auntie zip kan." Tanpa bersuara anak itu akur, berpusing supaya auntie ini dapat menzipkan begnya. "Dah, here you go." "Terima kasih." Mata anak ini ceria semula. Selamat Hari Merdeka

Entri 155 : Kebetulan

Sabtu, 22 Ogos Pagi pagi dia ke sudah terpacak di pusat servis kereta berdekatan Mid Valley untuk yang ke 1000 km. Tak sampai sebulan kereta itu mencecah 1000km dek berulang alik Kedah - Kuala Lumpur. Setelah melalui beberapa prosedur, dia memutuskan untuk mencari sarapan. Ditempahnya Grab ke Mid Valley, sebuah kereta Honda datang menjemput dengan bau rokok memeningkan kepala. Saat dia berjalan mencari tempat makan di Boulevard, seorang wanita tua menahannya bertanyakan lokasi pusat training. Kebetulan dia memang tahu pusat training itu. "That building, it's near to beauty clinique." Antara Starbuck dan kedai Jepun, dia memilih untuk mencuba sarapan ala Jepun. Sudah lama dia tidak keluar sarapan macam ni.Setelah makan ala kadar, dia berpatah balik ke pusat servis. Kali ini kereta kecil yang menjemputnya. Super bersih dan harum. Malah terdapat beberapa botol dettol disediakan di dalam kereta. "Wah, bersihnya." "Tak adalah, petang nanti baru nak pergi cuci.&q

Entri 154 : Typo

Nota : Bayangkan semua perbualan di bawah dalam Bahasa Inggeris. Just bayangkan jer la "Ejaan sepatutnya Country bukan County." Sakit matanya melihat county merata-rata. Lantas dibetulkan menjadi Country . Registration County --> Registration Country Kan cantik? "Humm... kenapa Country sedangkan semua isi picklist adalah State?" Ya, ada yang bertanya. "Entah, sebelum ini County. Mereka tak namakan sebagai State pun. " Diam, state dan county sangat berbeza bunyinya. "Kenapa database tak nak accept?" Dia merenung skrin; terlampau banyak county dalam pengkalan data. Typo terjadi cuma sekali sekala akan tetapi jika merata tempat terutama yang dilakukan oleh natif Inggeris. Matanya terbaca satu comment "It's not country, it is COUNTY." Nampaknya dia bukanlah orang yang pertama cuba membetulkan county kepada country . "Pssttt... county tu betullah. Bukan typo" Masing masing diam dan menaip ' county ' di Google

Entri 153 : Rungut

Dua tiga menjak ini dia merungut. Malah seperti mereka yang disekelilinginya juga merungut. Merungut internet slow Merungut penat bekerja Merungut penat mengemas Merungut tidak ada masa Merungut sebab tentang covid Merungut tentang politik atau tipikal M Merungut sebab orang lain pun merungut Merungut ... merungut ditambah dengan ayat konon konon seperti mencari keredhaan. "Nak buat macam mana. Terima jer la takdir..." "Betulkah takdir itu sesuatu yang kamu tak boleh ubah atau malas nak berubah?" Cuma seketika suara hatinya menegur. Betulkah kamu berada dalam situasi terburuk dan mangsa keadaan? Betulkah Allah sengaja meletak kamu di situasi beginu? Betulkah Allah menganiaya kamu seperti yang orang orang lain kata?