Entri 153 : Rungut

Dua tiga menjak ini dia merungut. Malah seperti mereka yang disekelilinginya juga merungut.

Merungut internet slow

Merungut penat bekerja

Merungut penat mengemas

Merungut tidak ada masa

Merungut sebab tentang covid

Merungut tentang politik atau tipikal M

Merungut sebab orang lain pun merungut

Merungut ... merungut ditambah dengan ayat konon konon seperti mencari keredhaan.

"Nak buat macam mana. Terima jer la takdir..."

"Betulkah takdir itu sesuatu yang kamu tak boleh ubah atau malas nak berubah?"

Cuma seketika suara hatinya menegur.

Betulkah kamu berada dalam situasi terburuk dan mangsa keadaan?

Betulkah Allah sengaja meletak kamu di situasi beginu?

Betulkah Allah menganiaya kamu seperti yang orang orang lain kata?


Comments

Popular Posts