Entri 156 : Zip

Petang. Seorang kanak-kanak perempuan berbaju uniform sekolah masuk ke dalam lif dalam keadaan lesu.

Tangannya penuh buku dan juga beg galasnya kelihatan berat. Dua poket beg terbuka zipnya tidak dipedulikan.

"Adik, zip beg terbuka." Dia menegur.

Anak itu lesu menjawab,"Tak apa. Biarlah." Seolah-olah melalui hari yang panjang. Masalah zip tu biarkanlah.

"Mari sini auntie zip kan."

Tanpa bersuara anak itu akur, berpusing supaya auntie ini dapat menzipkan begnya.

"Dah, here you go."

"Terima kasih." Mata anak ini ceria semula.

anak kecil berkongsi air
Selamat Hari Merdeka

Comments

Popular Posts