Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2020

Entri 161: My Life

  "Sorry, I don't want your life." "Why? Oh because my life is miserable isn't?!!" "Yes, so do mine!" "You don't want my life because you think it's despiteful. I am miserable than your, isn't it?!!" Sigh.The sound of painful gap between expectation and reality. "Shhh... calm down." I don't want your life because it could never be mine.  I can't walk into your shoe and although I am into your shoe... still it is my own feet and I only can feel it on my own arch. ... If you understand this, you'll know there is no way for us to exchange the life. It just no way!  We always share experiences and kidney but not life. We are travel buddy however what your feel and see still yours. If you understand this, you will know that your life is the most precious for you. Nothing else matter.  Do not ever wish other's life as you will never know who will be listening. Your life is yours, it is exclusively yours wi

Entri 160 : Multidimensi

 Hujan pagi. Hampir setiap hari kebelakangan ini di bulan September. Dia tiba awal di Verve Shop, hujan rintik rintik di pagi Ahad tidak menghalang penghuni sini keluar berlari atau walk the dog . Ragam manusia pelbagai, lain kawasan lain karakter. Pemandangan ini jarang dilihat di Taman Melati. Setelah tiga kali dia berada di kawasan Mont Kiara waktu pagi dan petang dia seolah olah absorb mengadaptasi rutin harian di sini.  Ragam manusia, seorang mempunyai 1001 karakter yang mungkin tidak disedari sendiri. Mungkin dia seorang sahabat yang baik untuk beberapa orang  tetapi masih mencuba untuk mereka yang lain. Mungkin dia seorang ibu, bapa  yang baik tetapi masih bersusah payah menjadi anak yang baik. Mungkin dia bukan pekerja cemerlang tetapi dia adalah pengurus yang bijak. Kita tidak boleh dan tidak akan dapat memakai wajah. Dalam hidup sejak dilahirkan kita sudah mempunyai pelbagai wajah, yang melengkapkan ekosistem dunia ini. Cuma satu wajah sahaja yang dinilai Tuhan. Wajah sebagai

Entri 159 : Attachment!

Beberapa tahun yang lalu. Al-Quran tafsir yang berwarna merah hati itu sudah relai kulitnya. Saat dia merenung satu-satunya Al-Quran kegemarannya, dia merasakan berat untuk menggantikan dengan yang baru. "Bertahanlah, mungkin suatu hari nanti kamu akan jadi hantaran untuk perkahwinanku." Siapalah yang menjadikan al-Quran buruk ini sebagai hantaran? Seolah-olah al-Quran tersebut berbisik merendah diri. Selalunya orang akan membeli alQuran yang paling cantik sebagai hadiah. Sayu. "Tapi kamu yang aku baca setiap hari, adalah sangat ralat jika tiba tiba digantikan dengan al-Quran baru yang belum pernah dibaca pada hari yang paling penting." Dia bernekad. Namun adakah al-Quran itu dapat bertahan saat dia sendiri pun tak tahu bila dia berkahwin?? Al-Quran yang hampir relai itu pernah dibawa sekali ke kelas mengaji. "Puan, belum cukup muka surat lagi." Tegur ustaz apabila dia berhenti membaca saat habis muka surat. Bukan salah ustaz, bila mengaji mereka menggunak

Entri 158 : Makbul

Orang kata kalau sayangkan seseorang masukkanlah dia di dalam doamu, setiap saat..setiap masa. Itu sebenar-benarnya sayang. Namun, alangkah indahnya jika kita menjadi doa yang dimakbulkan buat orang yang kita sayang. Seperti doa ibu bapa terhadap anak. Ianya adalah doa yang makbul apabila ibu bapa mencurah kasih sayang terhadap anak-anak. Tidak sekadar berdoa. Seperti doa anak anak kepada kedua ibu bapa. Mungkin dengan menjadi anak yang soleh lebih bererti daripada doa doa untuk ibu bapa yang kadang hanyut dibawa angin. Didengari Tuhan namun hilang tanpa bukti. Seperti kamu, aku tahu kamu sentiasa mendoakan aku. Terima kasih. Aku sangat butuhkan doamu. Namun jauh di sudut hati, aku berharap kamu adalah di antara doaku yang dimakbulkan.

Entri 157 : Sebelah hitam

Dia membuka mata, tertanya-tanya kenapa masih hidup? Percubaan untuk menamatkan riwayatnya sendiri gagal - itu yang paling menakutkan. Apabila gagal mati dan terpaksa menghadapi soalan KENAPA? "Kenapa bodoh sangat?" Ramai kat luar sana nak hidup tau. Sebab dia mahu mengakhiri riwayat sendiri bukanlah kerana isu yang kecil. Mungkin dipandang kecil bagi kebanyakan orang yang menikmati hidup. Penafian. Penolakan. Perjuangan. Satu demi satu tanpa henti, tanpa peluang untuk rehat. Akhirnya dia letih dan rebah. Tiada manusia yang kuat.  "Ohh kamu tidak meletakkan Allah dalam perjuangan, sebab itulah kamu kecewa." Bertuahnya mereka yang mudah mencari Allah, sedang dia adalah golongan yang susah. Dicarinya dari ibu bapa yang alim, tetapi ibu bapa itu mengecewakannya.  Cuba membaca AlQuran, dia tidak faham. Mencari cari orang yang faham akhirnya bertambah dia tidak faham. Dicari dari guru agama, guru agama itu yang mengkhianatinya.Dicarinya dari mereka yang soleh solehah sed