Skip to main content

Entri 164 : Bunga ...

Ianya bermain main dalam minda sejak beberapa lama yang lalu. Tetapi tidak dihiraukan kerana mungkin bisikan nafsu untuk dia membeli.

Sehingga baru-baru ini dia menjumpai pasu berwarna ungu jernih saat mengemas. 

Petanda yang terang lagi bersuluh!

Pasu tanpa bunga seperti jasad tanpa roh.

Tapi bunga akan layu...

Benar, tapi bunga segar itu bila kering mereput menjadi baja. 

Tidak seperti bunga plastik, apabila dibuang menjadi sampah.

Melihat dan menciumnya tidak sama dengan bunga plastik.

Cubalah beli satu dan lihat sendiri. Hatinya menggoda lagi dan kali ini dia memutuskan untuk beli.

Saat dia terpaku di kedai bunga tidak tahu memilih yang mana satu. Tidak menyangka jadi begini saat dia bangun awal pagi dan singgah kedai yang salah, bukan salah tetapi kedai tersebut berpindah ke tempat baru 1 Oktober dan dalam kedai ini dia terpana melihat bunga bunga.

Hatinya teringin ros merah tapi ...

"Cuba campurkan dengan carnation" cadang penjual bunga. 

Dia tidak yakin, masakan merah bunga ros itu sepadan dengan carnation putih. Hampir setengah jam dia memikir, akhirnya lantaklah.

"Nak ros satu, carnation putih dan pink." Dia langsung tidak ada idea apakah kombinasi itu sesuai.Jika baju mungkin dia sudah menjadi badut!

"Okay, ini dan ini dan juga tambah pemanis." Penjual itu mencapai bunga putih renek renek seakan bunga kering dan mengubahnya sepantas kilat.

Sekarang dia masih tidak percaya bunga itu berada di dalam pasu ungu kejernihan di rumahnya.

Takjub setiap kali berpaling. Cantik, dicium berkali kali. Harumnya. Jika Cik B mungkin hidungnya sudah merah digigit jika berani mencium cium begitu. 

"Bunga hidup takkan sama dengan plastik. Ianya terapi."Beritahu penjual bunga.

Harga RM15 kemungkinan tahan selama seminggu hampir sama dengan harga kopi Starbuck.

Waktu malam dia mengusung pasu itu dan diletaknya di penjuru bilik. Sebelum tidur dia merenung bunga tersebut. Terasa lega seperti ada hidupan lain bersamanya. Aneh betul.

Dia teringat Cik B yang waktu malam kadang kadang mencuri curi menggigit hujung kakinya suatu ketika dulu.  Cuma bunga ini tidak merayap. 

Aneh, dia merenung bunga itu berkali kali tanpa rasa jemu. Semakin direnung semakin tenang. Dan dia mendapati dirinya bercakap-cakap dengan bunga itu, "Ya Allah, wanginya kamu." Dan bunga bunga tersebut seperti bangga menerima saja pujiaannya.

Patutlah emak suka bunga!


04102020

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u