Skip to main content

Entri 170 : Lari

Baru-baru ini dia mendaftar untuk pertandingan larian secara maya. Suka-suka untuk memaksa dirinya bergerak. Bukannya dia tidak bergerak cuma seminggu sekali dan musim-musim covid begini makin jarang dia bersenam. Lagipun kesihatannya bertambah baik, rutin regangan semakin teratur jadi mengapa tidak keluar dan berjalan-jalan. Itu hematnya ketika mendaftar.

Dia tidak berniat untuk berlari pecut kerana kesihatan tidak mengizinkan. Jika dia sihat sekalipun dia tidak mahu berlari pecut atau apa-apa melainkan melakukan sesuatu dengan  penuh timbang rasa (mindful). Dia tidak mahu berbuat sesuatu hanya mengikut-ngikut atau kerana memenuhi masa. Antara perkara yang dia mulakan adalah melakukan sesuatu dengan sebab dan timbang rasa terutama dalam dunia yang penuh pertandingan ini. 

Maksimum jarak untuk mendapatkan hadiah utama ialah 21 km berupa jam digital. Jadi dia mengira-ngira dan membahagi tempoh masa lebih kurang 20 hari, jadi jika dia berjaya berjalan paling maksimum 1.5 km sehari maka dia sudah layak untuk memenangi hadiah utama.

Jadi setiap hari dia hadkan 1.5 km atau kurang. Mungkin ada hari yang terlebih tapi misi utama bukan untuk melebih kerana melalui pengalamannya apabila sesuatu yang dilakukan berlebihan ianya mengundang penat dan mengambil masa di mana di celah situ dia akan mencipta alasan untuk mengelak melakukan perkara lain. Contoh berlari 10 km di hujung minggu membuatkan badan letih dan menyebabkan dia menghabiskan masa seharian hanya berehat berbanding berlari satu km sehari. Ini terpulang kepada individu, tidak ada betul atau salah cuma apapun sendiri buat sendiri tanggung.

Apa sahaja yang kita buat, tidak ada salah atau betul. Mungkin salah pada sesetengah orang tetapi betul pada sesetengah orang. Kerana akhirnya diri sendiri yang menanggung.Paling penting, setiap orang belajar dalam momen mereka sendiri.

Dia sedar rupanya untuk bangun awal pagi hanya untuk  berlari hanya 1 kilometer setiap hari bukanlah perkara mudah. Tentu ada cabaran. Ada hari dia berlari tetapi applikasi tidak berfungsi, jadi dia belajar untuk redha bahawa rezekinya hari itu adalah peluh tanpa rekod. Ada hari hujan dan begitulah setiap hari pelbagai ragam dan warna. 

Perlahan-lahan dia belajar redha, oh jangan marah-marah. Dia pesan pada diri sendiri, target kamu bukan setiap hari tetapi mencipta rutin. Sehinggalah hari Sabtu terakhir, lagi 2 km lebih untuk dia cukupkan 21 km. Ya, dia berjaya cukupkan 21 km lebih  tetapi dia tidak berjaya menghantar rekod hari Sabtu jadi dia bercadang untuk menghantarnya hari Isnin setelah online ke jaringan syarikatnya. Mungkin anda pening ketika membaca tetapi cukuplah anda faham kadang-kadang perkara mudah boleh jadi komplikasi.

Malangnya pihak pengurusan menolak kerana tidak cukup syarat. Mula-mula rasa ralat, yalah lari lebih 21 km dalam tempoh yang betul tetapi hanya kerana tidak menghantar rekod terakhir membuatkan dia tidak layak.Salah dia juga, kalau betul betul dia berusaha untuk menghantar rekod pada hari sepatutnya perkara begini tak terjadi. Kalau...

Baik...

tahan nafas dan belajar redha. Mungkin bukan rezekinya untuk jam digital tetapi rezekinya untuk melakukan rutin pagi. Dalam menyabarkan hati dia  merungut. Pihak pengurusan pun satu, bila buat borang tak ada notis samada berjaya hantar atau tidak. Tak apa, simpan sahaja semua itu nanti untuk komen membina suatu hari nanti.

Jadi dia meneruskan hidup hariannya seperti biasa sehingga salah seorang jawatankuasa bertanya, mungkin kerana ada sesuatu yang pelik pada rekod yang dihantarnya. Setelah berbual baru dia tahu selama ini rekod-rekod yang dihantar pada pihak pengurusan yang sampai cuma 14 km yang bakinya entah ke mana.

Mengikut pengiraannya jika dia hanya terlepas hanya sehari, rekod hari Sabtu sepatutnya rekod sedia ada di tangan pihak pengurusan sepatutnya sudah18 km. Maka dia diminta untuk menghantar semula rekod-rekod lariannya.

Jadi dia pun terus menulis email, dikepilkan jumlah bukti rekod dan gambar. Namun kali ini dia tidak berharap pun untuk dapat hadiah. Entah kenapa hatinya berbunga-bunga saat mengira jumlah rekod lariannya total 22 km dalam masa kurang 20 hari.

Jika 22/10 = 2.2 km sehari. Wow!

Dalam hatinya dia tertanya-tanya mengapa dia sudah tidak berminat dengan hadiah tetapi saat membalas email hatinya cukup gembira.

Dia perasan sesuatu, rupanya hadiah sebenar bukan jam tangan digital jenama Garmin itu tetapi  rutin larian di waktu pagi yang sedang dicatatkan satu persatu.

Suatu hari nanti di akhirat, setiap kerjaan yang baik disebut satu-satu tentulah perasaan tersebut sukar digambarkan. Apatah lagi jika di dunia kerjaan yang baik itu dihina atau tidak dipedulikan.

Tidak kisah samada dia menang atau tidak, tidak kisah sama ada pihak penganjur memikirkan dia tidak layak atau layak, tidak kisah apa orang kata. Kerana pertandingan ada syarat tersendiri. Jika layak menang sekalipun, kemenangan ditentukan pihak lain. Itu adat.

Bisik hatinya, tetapi rutin itu milik kamu dan tiada sesiapa yang boleh mengubahnya. Ianya sudah dibuat dengan jaya. Dia melihat data data tersebut dengan senang hati. Ya, ianya sudah dilakukan dan tidak dapat diubah lagi.

Dia menekan butang Send. Alhamdulillah

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u