Skip to main content

Entri 171 : Krismas

Krismas kali ini mungkin berbeza 

Mungkin lebih baik dari perayaan-perayaan lain yang terdahulu

Kali ini kita lebih jelas dengan Covid

Makhluk yang tak jelas itu

Emak kurang sunyi berbanding Aidilfitri

Asal cuti tak kira hari apa, raya apa

Emak akan buat makan-makan

Asal anak balik dia akan buat makan

Jadi asalkan ada perayaan mereka gembira

Hari ini dia masih berkira-kira

Nak balik atau tidak

Terutama bila memikirkan pagi tadi emak telefon

Bila ditanya kenapa telefon pagi pagi ini

Emak  cuma mahu bertanya khabar

Itu sahaja

Dan semalam Nurindah bermimpi 

Giginya patah

Jika anda membaca entri  ini

Mungkin Nurindah sedang dalam perjalanan pulang ke kampung

Untuk mengubat rindu emak 

      

  

24122020

Comments