Skip to main content

Entri 173 : 2021

Selamat tahun baru. Masih terkenangkan tahun lepas?

Oh, tahun lepas sangat produktif. Saya banyak menghadiri kursus, saya juga banyak membaca dan banyak melanggani apps, youtube yang berfaedah.

Kursus apa?

Motivasi, perancangan masa, perancangan kewangan, memperbaiki cara hidup oh ada juga penulisan.

Oh penulisan, minat menulis?

Haah, minat sangat.

Oh, mesti tiap-tiap hari menulis. 

Oh takdela. Ada blog tapi itupun seminggu sekali.

Sibuk?

Ya, sebab pergi kursus semua tu. Setengah kursus ada homework, kalau tak pergi kursus pun saya banyak playlist podcast, video yang berkaitan.

Banyak betul tu. Bagus, jadi tahun ini mungkin sedia untuk menulis?

Entah, saya juga dah sign up kelas mengaji, kelas bahasa Arab dan juga ada satu kursus perniagaan.

Oh, jadi sudah tidak ada minat menulis.

Ada, perasaan menulis nak tu membuak-buak. Tapi setiap kali nak menulis atau idea untuk menulis saya kena hadir kursus. Bila saya ada masa, idea pula tak datang.

Dalam sehari berapa jam yang ada untuk menulis?

Mungkin sejam tapi kadang kadang berebut dengan basuh baju, makan dan lain-lain.

Betulkah anda pasti anda suka menulis?

Ya, betul. Menurut apa yang saya belajar bila mood dan tenaga kita berubah bergantung apa yang kita buat. Bila saya dapat menulis satu hari, saya rasa sangat gembira dan puas.

Jadi tahun lepas kalau dikira-kira anda mungkin hanya gembira dan puas sehari sekali dan kurang sejam.

Uhh...

Melainkan kalau anda sebenarnya tidak suka menulis.

Tak saya suka betul. Contoh entri ini saya tidak rancang langsung, ianya datang dan kebetulan saya lapang dan terus saya tulis.

Tetapi selama ini setahun ini anda tidak meluangkan banyak masa menulis. Malah tahun depan pun sepertinya tidak.

...

Selama setahun ini anda produktif tetapi adakah anda bahagia dan puas?

...

Tidak bukan? Kerana anda meluangkan masa untuk perkara-perkara yang anda tidak minat.

Habis salahkah jika saya belajar pengurusan masa, rancang kewangan semua tu?

Tak salah. Betul tu. Cuma perkara yang anda belajar itu sudah anda amalkan?

...

Dan jika anda amalkan sepatutnya apa yang anda belajar itu membantu anda untuk melakukan apa yang anda suka iaitu MENULIS. Jika anda belum amalkan, amalkan sebelum belajar perkara baru yang lain. 

Tetapi dalam iklan mereka mengatakan kursus ini sudah membantu ramai orang untuk berjaya.

Ya, jika yang hadir itu faham minat dan apa yang mereka hendak dalam hidup.

Apa yang mereka jual itu betul, produk mereka betul,  yang salah bila anda beli tetapi tidak faham apa yang anda perlu. Dalam dunia ini sentiasa akan ada berkata "oh I need this product" tapi realitinya bukan semua perlu. Jika seorang celebriti menayangkan perfume Chanel dengan statement "this is my savior" adakah anda rasa sebagai manusia anda perlukan itu? Celebriti itu tidak salah, langsung tidak kerana itu yang dia perlukan. Terpulang dia.

Dalam dunia yang proses pembelian semakin mudah, anda perlu memilih apa yang betul-betul anda mahu beli. 

 Nah, sekarang berhenti melihat orang lain, lihat diri sendiri.

Lupakan buku motivasi, fahami dulu situasi anda.

Orang berjaya kerana mereka fokus apa yang mereka minat. Mereka minat menguruskan masa dan memberi latihan untuk orang lain untuk menguruskan masa. Apa yang mereka kongsi adalah cara mereka menguruskan masa untuk melakukan apa yang mereka minat iaitu MASA; berapa jenis masa, hadis dan quote tentang masa dan segala terminologi berkaitan masa sedalam-dalamnya. Pengetahuan yang anda perlu tentang masa tidak semestinya dalam seperti mereka. Jadi kenapa memenuhkan masa untuk mengkaji masa sedang anda minat penulisan? Melainkan anda ingin menulis tentangnya. 

Anda minat menulis tentang masa?

Mungkin.Umm... entah.

Nah, jika minat tentang masa mungkin sudah patut mula menulis. Jika tidak mungkin perlu fokus apa yang kamu mahu tulis.

Tapi saya belum bersedia, rasanya saya belum mahir lagi tentang masa.

Jika anda mahu menunggu anda bersedia, sampai dunia kiamat pun belum tentu anda dapat mula. Sepanjang hidup awak, lihat sendiri berapa konsep masa berubah, goal setting, habit setting, penemuan itu dan ini. Skop masa dalam Islam sendiri pun sudah teramat besar. 

Ramai minat membuat kueh tetapi menghabiskan kebanyakan masa melakukan sesuatu yang tidak berkaitan langsung dengan kueh. Jika anda tidak pernah membuat kueh maka perkara yang anda belajar adalah cara membuat kueh. Kemudian BUAT KUEH sehingga anda menjumpai fasa di mana anda perlu melabur untuk latihan tertentu maka laburkanlah contoh bagaimana saya dapat mengurangkan masa ketika memasak dan membasuh supaya saya boleh fokus untuk buat kueh. Apapun ianya untuk memperbaiki mutu KUEH anda.

Perhatikan anak-anak kecil. Mereka ada sesuatu yang mereka minat. Membuatkan mereka begitu asyik sehingga kadang-kadang kita yang dewasa terpaksa mengikut jadual mereka. Apabila mereka terpaksa mengikut jadual ibu bapa mereka, mereka ikut tetapi kemudian fokus kembali pada apa yang mereka minat.

Malangnya apabila mereka dewasa mereka terpaksa mengikut sistem dan tahu-tahu minat itu hilang. Dan jika mereka dapat melakukan apa yang mereka minat kebanyakan hasil susah payah mereka melawan trend, sistem dan peraturan. Alangkah indahnya jika ibu bapa memupuk dan mengembangkan minat mereka daripada mencuba cuba mengikut peraturan.

Nah, jika anda mahu menunggu anda bersedia baru anda menulis, mungkin sebenarnya anda tidak minat menulis.

Kerana apabila kita minat sesuatu, kita akan cuba mendapatkannya. Tak dapat banyak sedikit pun tak apa. Dan kita tidak putus-putus mengusahakannya. Dan kita tidak semudah-mudahnya membiarkan perkara lain menghalang minat kita.

Jadi tanyalah diri sendiri, betulkah masa anda dihabiskan untuk mencapai apa yang anda minat? Atau anda mengisi masa hanya sekadar mengisi masa supaya tidak terasa seperti membuang masa.



Nota : Tulisan ini adalah pendapat peribadi berdasarkan pengalaman penulis. Semoga urusan anda dipermudahkan.


Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u