Skip to main content

Entri 174 : Ibu Betina

Kita sedia maklum dunia yang kecil ini masih lagi diselubungi misteri. Sebagai manusia yang mendiam di daratan yang semakin lama semakin tenggelam, masih banyak perkara yang di bumi ini masih jauh dari pengetahuan kita.

Hutan, pergunungan dan lautan ... sentiasa ada yang baru kita tahu dan pengetahuan itu tidak akan habis walaupun semua titisan di lautan dijadikan dakwat untuk kita mencatatnya. Kita manusia, tidak boleh menghabisi ilmu tentang seekor nyamuk pun untuk seumur hidup.

Sentiasa ada penemuan baru, sentiasa takkan habis. Kita mungkin tenggelam dahulu sebelum mendapatkan pengetahuannya.

Nun di sudut dunia, ada satu taman negara di Afrika di mana mendiamnya haiwan-haiwan yang bakal pupus Salah satunya ialah singa Afrika, dikatakan cuma tinggal 20,000 dan mungkin makin berkurang lagi. Haiwan yang semakin pupus tidak pernah bertambah, semakin pupus dan hilang dan muncul semula dalam  dongengan. 

Pemanasan global, kepupusan fauna dan flora, pelupusan plastik yang tidak pupus-pupus adalah isu yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Mungkin kerana terlalu memikirkannya membuatkan kita kemurungan maka kita memilih untuk biarlah, tiada apa yang boleh kita buat lalu kita teruskan membeli barang-barang bukan sekadar keperluan tetapi untuk mendapatkan wow yang sementara dari orang lain.

Setelah wow itu hilang, kita berterusan membeli barang lain. Untuk menenangkan fikiran kita sedekah saja barang-barang yang kita pakai supaya kita tidak diselubungi rasa bersalah dan biarlah orang lain meneruskan pusingan tersebut. Pembelian sekarang semakin mudah dan global. Di hujung jari dari segenap hujung dunia ; apa sahaja! Mudah.

Tahukah kebanyakan singa adalah nokturnal? Saat mata kita buta dan deria kita mati  ada haiwan-haiwan yang siangnya adalah malam. Begitu juga bangsa jin  bangkit dan hidup di waktu malam.

Teknologi pencahayaan rendah dalam kamera penkaji berupaya merekodkan suasana waktu malam dalam keadaan berwarna. Maka pengkaji-pengkaji  ini sedaya upaya menggunakan masa dan teknologi yang terhad untuk mendapatkan pengetahuan sebelum tanah bumi tenggelam. 

Singa jantan dominan akan memulakan patrol mengelilingi kawasan jajahan berpuluh kilometer untuk memastikan keadaan selamat, tidak ada saingan. Agak malang bagi singa jantan itu, dia memikirkan yang keadaan selamat sedang dia sekarang berada di pusat pemulihan yang berusaha untuk melindungi mereka dari kepupusan. Jika dia tahu atau mungkin dia sudah tahu hummm...

Musuh nyata bukanlah singa jantan lain atau dubuk tetapi manusia. Ironinya manusia jugalah yang membina taman negara ini.  Mengelirukan bukan? Manusia ialah kaum yang suka memusnahkan dan juga suka memelihara. 

Maka tinggallah singa betina dengan tiga ekor anak kecil yang masih menyusu. Suka atau tidak ibu terpaksa memilih samada mati kelaparan atau keluar memburu. Maka dia memilih untuk keluar dan mengabaikan tiga ekor anak-anaknya. Maaf, ibu tidak ada pembantu untuk menjaga kamu. Jika ibu memilih untuk diam kamu bakal mati.Tidak ada GrabFood  di sini.  Maka tinggallah anak-anaknya yang masih belum kenal lawan atau kawan itu di waktu malam tanpa jagaan.

Selepas memburu, si ibu kembali dan mendapati dua ekor anaknya hilang. Maka singa betina itu meraung raung bersama anak yang lagi satu mencari anak-anak yang lain. Tidak semudah membuat laporan polis.

Empat hari empat malam ibu itu merayau tidak putus asa. Tenaga yang diperolehi dari daging buruannya makin hilang dan anak-anaknya sudah hilang. Mungkin saat dia berjumpa semula anak-anaknya susunya sudah kering?

Sehingga hari keempat dia menemui anak-anaknya di kelilingi dubuk. Dubuk-dubuk tersebut menunggu saat anak-anak singa lemah atau mati. Di suatu sudut kelihatan sekumpulan kerbau-kerbau yang ragamnya gagah dan bila-bila masa boleh merempuh dan mematahkkan tulang belulang anak-anak kecil itu.

Maka ibu itu mengambil jalan supaya dapat bersama anak-anaknya. Dan apabila sudah berkumpul, dia terpaksa meneruskan pusingan yang sama lagi. Meninggalkan anak-anaknya untuk keluar memburu sehingga mereka sedikit dewasa dan boleh belajar memburu bersamanya.

Kenyataan itu pahit kan, sesuatu yang perlu ditelan kerana itu takdir. Adakah singa itu merungut kepada Tuhan tentang nasibnya begitu? Kita ada pilihan, singa?

Langit Kuala Lumpur 31 Dis 2020

Nota : Inspirasi dari Earth at Night in Color


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u