Langkau ke kandungan utama

Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel arnab

Entri 17 : Seperti mimpi

Mesej-mesej bermula atas nama persahabatan sehinggalah panggilan sayang membuatkan Nurindah tidak tenteram.Dia tidak mahu melayan tetapi tidak mahu digelar sombong. Baginya, cinta tanpa melihat adalah bohong.Kerana fitrah manusia adalah materi.Lelaki tidak boleh dipercayai sama juga seperti perempuan kerana kita adalah manusia biasa. Berulangkali dia mempersoalkan mengapa sang arjuna itu berani betul melontarkan puisi-puisi cinta yang dia sendiri tidak pernah dengar dan faham.Seperti di dalam mimpi, dia menyedarkan dirinya sendiri. Jangan Ya Laila Jangan terpedaya Apa yang kau lihat semuanya dusta Dusta yang fana pada Ya Laila Cinta yang fana tiada pengubat Jiwa mu yang lara -Yassin “Usahlah kau tertipu wahai Laila.”Pesannya kepada diri sendiri.Sayang yang terlampau singkat hinggap akan terbang dengan mudahnya.Seperti helang menangkap sang arnab, dan dia tidak mahu menjadi mangsa.Menaruh hati pada tempat yang tidak ketahuan akan membawa padah. Dan akhirnya mimpi berakhir juga saa