Skip to main content

Posts

Showing posts with the label hidup

Entri 38 :Sayangilah diri sendiri

Sayangilah diri sendiri.Indahnya ungkapan seringan bicara. Bagaimana?Bagaimana jika sewaktu dia dilahirkan, dia dibuang ke dalam sampah?Dia dilirik anjing liar, dikerumuni semut. Dia dikutip oleh badan kebajikan dan bersama mereka yang senasib dengannya.Dibuang, ditinggalkan , dibenci. Kemudian dia diangkat.Bahagianya cuma seketika, manusia kadang sayangnya tak berpanjangan , hangat-hangat tahi ayam.Dia merempat, dibenci, dijijik. Hari ini saat dia mencari sisa dari tong sampah, dia  terbaca sesuatu, "Sayangilah diri anda.Anda begitu berharga." Dia tercari-cari berapa harganya?Dia dibuang dicemuh dibenci.Dia tidak tahu nilai dirinya.Begitu berhargakah?Alangkah hipokritnya dunia, sayangilah diri jika mahu disayangi.Bagaimana mahu menyayangi diri jika dia begitu dibenci.Bagaimana mahu memaafkan diri jika tiada siapa  yang memaafkan dirinya. Mungkin ayat yang lagi tepat ,"Sayangilah orang lain, semoga anda turut disayangi."

Entri 36 : Terasa dihukum

Acapkali tatkala mendengar berita yang sedih-sedih, ramai yang membuat analisis dan kemudian menjatuhkan hukuman.Lihat, jika ada berita bencana alam, kita akan terdengar, "Itulah bala dari Tuhan.Tuhan sudah marah." Memang ada baiknya menganggap begitu, kerana kita akan mengelak berbuat perkara yang dilarang.Tetapi siapa kita untuk membuat konklusi sama ada Tuhan marah atau sayang.Contoh yang lain, "Lihat, hidupnya mewah dan kaya raya.Tuhan sayang sama dia."Bukankah ayat ini membuatkan orang miskin seolah-olah dibenci Tuhan.Jarang kita kata,"Tuhan mengujinya dengan harta, semoga dia menjadi orang yang bersyukur." Jarang sekali bukan? Kita meletak kasih sayang Tuhan seperti itu, apabila diberi kesenangan bererti kita disayangi dan apabila ditimpa kesusahan kita terasa dibenci.Tahukah kita para nabi kebanyakannya menghadapi hidup yang susah? Cuba bayangkan jika ada orang yang menderita sakit seperti Nabi Ayub a.s , mungkin kita akan melabelkannya sebaga