Skip to main content

Posts

Showing posts with the label kebaikan rawak

Entri 156 : Zip

Petang. Seorang kanak-kanak perempuan berbaju uniform sekolah masuk ke dalam lif dalam keadaan lesu. Tangannya penuh buku dan juga beg galasnya kelihatan berat. Dua poket beg terbuka zipnya tidak dipedulikan. "Adik, zip beg terbuka." Dia menegur. Anak itu lesu menjawab, "Tak apa. Biarlah." S eolah-olah melalui hari yang panjang. Masalah zip tu biarkanlah. "Mari sini auntie zip kan." Tanpa bersuara anak itu akur, berpusing supaya auntie ini dapat menzipkan begnya. "Dah, here you go." "Terima kasih." Mata anak ini ceria semula. Selamat Hari Merdeka

Entri 155 : Kebetulan

Sabtu, 22 Ogos Pagi pagi dia ke sudah terpacak di pusat servis kereta berdekatan Mid Valley untuk yang ke 1000 km. Tak sampai sebulan kereta itu mencecah 1000km dek berulang alik Kedah - Kuala Lumpur. Setelah melalui beberapa prosedur, dia memutuskan untuk mencari sarapan. Ditempahnya Grab ke Mid Valley, sebuah kereta Honda datang menjemput dengan bau rokok memeningkan kepala. Saat dia berjalan mencari tempat makan di Boulevard, seorang wanita tua menahannya bertanyakan lokasi pusat training. Kebetulan dia memang tahu pusat training itu. "That building, it's near to beauty clinique." Antara Starbuck dan kedai Jepun, dia memilih untuk mencuba sarapan ala Jepun. Sudah lama dia tidak keluar sarapan macam ni.Setelah makan ala kadar, dia berpatah balik ke pusat servis. Kali ini kereta kecil yang menjemputnya. Super bersih dan harum. Malah terdapat beberapa botol dettol disediakan di dalam kereta. "Wah, bersihnya." "Tak adalah, petang nanti baru nak pergi cuci.&q