Skip to main content

Posts

Showing posts with the label monolog

Entri 113 :Hijrah

“Kenapa mahu bekerja di KL?Dah elok elok di Penang?” Nurehan menggaru kepalanya yang tidak gatal.Sedikit keliru. “Mengapa?”Ugh...soalan sendiri pun susah mau dijawab. Mengapa KL?Pencemaran,jenayah,jauh dari keluarga.Malah rumah pangsapuri kos rendah yang dibelinya masih dalam proses pengubahsuaian. Semuanya lengkap di sini,jadi apa yang dicarinya di KL? Pengalaman hidup?Bukankah kerjayamu bermula di KL,kemudian di sini dekat dengan keluargamu?Tidak cukupkah? Dia merenung tawaran temuduga di skrin komputer,temuduga kali kedua setelah ditemuduga melalui telefon tempoh hari. Sudah hampir  enam tahun dia bekerja di Pulau Pinang, syarikat yang sama sebagai jurutera perisian .Umurnya mencecah 34 tahun depan,berapa lama lagi dia mahu bekerja di syarikat yang sama?Setakat ini pekerjaannya bagus,dia selesa . Mungkin sangat selesa,tapi sampai bila? Dia tidak mahu terbangun dan sedar yang dia tidak punya apa apa.Umurnya masih boleh bertahan untuk menerima cabaran,maka inilah ma

Entri 111 : Nurani

Dia merenung ke luar jendela . Pemandangan negeri Kedah dari atas memang menakjubkan.Beberapa kepulan awan nipis  memutih seperti gula kapas berarak perlahan lahan menambahkan keindahan.Petak petak hijau,sungai sungai kecil sangat jelas disuluhi matahari pukul 10.00. Sudah beberapa bulan Malaysia dilanda jerebu maka pemandangan jelas seperti kristal ini adalah sesuatu yang dirindui. Gadis Cina di sebelahnya khusyuk menonton filem.Tadi mereka sama sama menunggu siapakah yang bakal duduk di kerusi nombor 26F tetapi masing masing lega kerana insan tersebut tidak muncul muncul . Mendapat  tiga kerusi untuk dua orang di dalam kapal terbang kelas ekonomi memang mengujakan. Dia beranjak ke kerusi 26F,menikmati pemandangan sambil memikirkan apa yang patut ditaip . Sedang gadis di sebelahnya pula beranjak ke kerusi tengah, menarik meja di kerusi yang di sebelah lagi dan mengatur laptopnya kemas kemas.Dia menyiapkan panggung wayang kecilnya.Masing masing menyelesakan diri untuk penerbanga