Skip to main content

Posts

Showing posts with the label sisi gelap

Entri 157 : Sebelah hitam

Dia membuka mata, tertanya-tanya kenapa masih hidup? Percubaan untuk menamatkan riwayatnya sendiri gagal - itu yang paling menakutkan. Apabila gagal mati dan terpaksa menghadapi soalan KENAPA? "Kenapa bodoh sangat?" Ramai kat luar sana nak hidup tau. Sebab dia mahu mengakhiri riwayat sendiri bukanlah kerana isu yang kecil. Mungkin dipandang kecil bagi kebanyakan orang yang menikmati hidup. Penafian. Penolakan. Perjuangan. Satu demi satu tanpa henti, tanpa peluang untuk rehat. Akhirnya dia letih dan rebah. Tiada manusia yang kuat.  "Ohh kamu tidak meletakkan Allah dalam perjuangan, sebab itulah kamu kecewa." Bertuahnya mereka yang mudah mencari Allah, sedang dia adalah golongan yang susah. Dicarinya dari ibu bapa yang alim, tetapi ibu bapa itu mengecewakannya.  Cuba membaca AlQuran, dia tidak faham. Mencari cari orang yang faham akhirnya bertambah dia tidak faham. Dicari dari guru agama, guru agama itu yang mengkhianatinya.Dicarinya dari mereka yang soleh solehah sed