Skip to main content

Posts

Showing posts from February, 2009

Entri 2: Naif

“Hari ni ada budak baru cikgu!” Rizal memekik bagaikan Nurindah pekak. “Iya?” Nurindah tersenyum, mengerling ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan tekun menulis sesuatu di atas buku.Nurindah tahu, budak itu sengaja menconteng buku untuk menghilangkan keresahannya. “Kamu.”Nurindah menegur. Budak yang berjambul perang dan bermata bulat itu mengangkat muka. “Bangun kenalkan diri.” “Rambut dia color , cikgu.” Pantas Wafi menyampuk.Kelas yang terdiri dari tujuh orang kanak-kanak gamat seketika. “Cikgu nama dia panjang cik-“ “Shhh...bagi peluang dia bercakap.” Nurindah memotong cakap Rizal. Rizal berusia sebelas tahun adalah di antara yang paling banyak bercakap itu terdiam. “Siapa nama kamu?”Nurindah berlembut. “Nama saya Muhd Danish Putera Hang Jebat bin Mustaqeem.”Budak itu bersuara tegas.Ada sedikit bangga pada ton suaranya. Nurindah terlopong.Betulkah apa yang didengar, Hang Jebat? “Ulang sekali lagi.” Pintanya bersungguh-sungguh. Kali ini budak itu kelihatan malu-

Entri 1 : Permulaan

Bunga putih berkilau-kilau disimbahi cahaya petang tatkala Nurindah memarkir keretanya di bahu jalan.Pohon yang tumbuh di tepi rumah jirannya berbunga lebat.Bunga tisu dipanggil orang.Mungkin sekarang musimnya untuk berbunga kerana kebanyakan bunga tisu pelbagai warna dapat dilihat merata-merata.Seperti melihat bunga sakura layaknya. Seorang budak lelaki cuba menerbangkan layang-layangnya di tengah jalan dalam kawasan perumahan itu.Layang-layang?Nurindah memerhati dengan lebih teliti, itu bukankah seperti kapal terbang kertas yang diikat dengan benang?Nurindah tersenyum sendiri, mengemaskan barang-barangnya sebelum keluar dari kereta. “Boleh terbang ke?” Dia menegur budak lelaki yang berbaju merah.Budak sekitar umur sepuluh atau sebelas tahun itu tersengih, dibetulkan kapal terbang kertasnya.Setelah berpuas hati , dia meminta adik perempuannya memegang sementara dia akan berlari untuk menerbangkan kapal terbang kertas tersebut. Nurindah menggeleng.Bagaimanalah kapal terbang h y