Skip to main content

Entri 2: Naif

“Hari ni ada budak baru cikgu!” Rizal memekik bagaikan Nurindah pekak.

“Iya?” Nurindah tersenyum, mengerling ke arah seorang budak lelaki yang kelihatan tekun menulis sesuatu di atas buku.Nurindah tahu, budak itu sengaja menconteng buku untuk menghilangkan keresahannya.

“Kamu.”Nurindah menegur.

Budak yang berjambul perang dan bermata bulat itu mengangkat muka.

“Bangun kenalkan diri.”

“Rambut dia color , cikgu.” Pantas Wafi menyampuk.Kelas yang terdiri dari tujuh orang kanak-kanak gamat seketika.

“Cikgu nama dia panjang cik-“

“Shhh...bagi peluang dia bercakap.” Nurindah memotong cakap Rizal. Rizal berusia sebelas tahun adalah di antara yang paling banyak bercakap itu terdiam.

“Siapa nama kamu?”Nurindah berlembut.

“Nama saya Muhd Danish Putera Hang Jebat bin Mustaqeem.”Budak itu bersuara tegas.Ada sedikit bangga pada ton suaranya.

Nurindah terlopong.Betulkah apa yang didengar, Hang Jebat? “Ulang sekali lagi.” Pintanya bersungguh-sungguh.

Kali ini budak itu kelihatan malu-malu.”Umm..Muhd Danish Putera Hang Jebat bin-“

“Abang dia nama Hang Tuah, cikgu!” Hakim menyampuk.Gamat kelas dengan ketawa kanak-kanak.

“Shhh... Hang Jebat mahu dipanggil apa?”Nurindah bergurau.

Muka budak itu makin memerah.”Danish.”

“Danish darjah berapa?”

“Darjah empat.”

“Dia sama dengan Muhammad, cikgu.” Najmi pula menyampuk. Si Muhammad yang juga belajar di darjah empat cuma tersipu malu. Dia membetulkan songkoknya.Di antara Najmi,Rizal,Wafi,Baiti dan Maryam , Muhammad adalah yang paling pendiam.Sekarang bertambah lagi seorang pelajarnya, Danish. Karakter sebenarnya masih belum diketahui.

“Okey. Hari ni kita akan belajar fotosintesis dan respirasi.”Nurindah menulis di papan putih.

“Cikgu burung belatuk dalam Inggeris apa cikgu?” Rizal membelek-belek kamus.

Nurindah menggeleng.Ada sahaja yang mahu menukar tajuk.

“Hawk.Kawan saya dia masuk hutan,dia cakap burung belatuk tu hawk.” Danish menyampuk.

“Hawk?” Sekali lagi Nurindah menggeleng.

Dan kelas pun bermula dengan riuh rendah suara kanak-kanak yang sentiasa riang tanpa memikirkan kesedihan yang pernah dialami.

Kenakalan mereka membuatkan kadang-kadang Nurindah terlupa yang mereka adalah datang dari kehidupan yang menyedihkan.Jika tidak masakan mereka berada di sini sedangkan mereka patut bergembira bersama keluarga.

Melihat kerenah mereka membuatkan Nurindah sendiri tidak pasti samada dia pernah mengalami zaman kanak-kanak.Mereka sangat jujur dengan perasaan mereka, tidak takut mengatakan sesuatu dan berani melakukan apa sahaja yang difikirkan betul.

Kenapa apabila dewasa, kita lupa akan sifat-sifat penting ini.Adakah manusia apabila dewasa menjadi semakin penakut? Takut melukakan hati orang lain atau sebenarnya takut dengan diri sendiri?

Nurindah tidak dapat menjawab.Dia guru tetapi masih banyak lagi yang perlu dipelajari daripada muridnya.Naif.Dia masih lagi naif.

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u