Jun 9, 2009

Entri 9:Hanya Ingin Bermanja

Bunyi cengkerik jelas bersahut-sahutan apabila Nurindah menyuluh lorong kecil  yang hanya muat sebagai laluan motosikal.Nurina memaut lengannya erat, berjalan beriringan menuju ke rumah nenek mereka.

Sudah sebulan lebih Nurani batuk, segala ubat farmasi dan klinik seakan tidak memberi apa-apa kesan.Kali ini ibu mahu menggunakan cara tradisional untuk mengubat Nurani,anaknya yang kedua selepas Nurindah.Sebagai kakak sulung Nurindah tak dapat lari dari tanggungjawabnya apatah lagi sejak dia bekerja di negeri asalnya.Hampir setiap minggu Nurindah akan balik menguruskan pelbagai urusan keluarganya.

Nurina makin menyempit sesekali Nurindah terpaksa berjalan di atas semak dek kerana lorong yang terlampau sempit.”Jalan di belakang Along boleh tak?Jalan ni sempit.”

Nurina memegang lengan Nurindah, makin erat.Nurindah seperti terhoyong hayang dibuatnya.”Biarlah, Nana nak bermanja dengan Along.”Bidas Nurina yang sememangnya dalam semua adik beradik dialah yang paling kuat membidas.Ada saja jawapannya.

Nurindah mengeluh kecil,Nurina adiknya yang bongsu memang kadang-kadang agak mengada-ngada.Masalahnya sekarang bukan masa untuk bermanja.Lorong itu memang sempit, kiri kanan semak.Kalau nasib tak baik, adalah Encik Ular menunggu tapi Nurindah mendiamkan diri dan berdoa supaya mereka selamat sampai ke rumah nenek.

Segala urusan berjalan lancar dan batuk Nurani makin berkurangan.Mereka semua berasa lega.

Pagi Isnin Nurindah mengemaskan barangnya dan bersiap untuk kerja.Selalunya dia akan bertolak ke pejabat pagi Isnin dari kampung .Nuraisha, adiknya yang keempat  menggosok matanya , masih mengantuk.Dia berada di rumah sempena cuti semester.

“Along nak pergi dah ni.”Nurindah mencuit hidung Nuraisha yang masih mamai.

“Along baliklah selalu.”Nuraisha memujuk.

Nurindah tersengih, rasanya tiap-tiap minggu dia akan pulang ke rumah.”Humm..mulut busuk.Tulah sebelum tidur malas gosok gigi.”Komen Nurindah semasa dia mencium pipi adiknya.

Nuraisha tidak menghiraukan komen Nurindah.”Along balik tau.”Dia terus memujuk.

“Yalah,kalau tak ada hal.”Nurindah tersenyum.Adik-adiknya yang seramai tujuh orang itu mempunyai  pelbagai kerenah.Kadang-kadang buat dia ketawa, menangis dan bermacam-macam.

Namun dia sedar, tak kiralah berapa banyak kerenah yang mereka buat akhirnya mereka  adalah sumber kebahagiaannya.

No comments:

Post a Comment