Jul 6, 2009

Entri 11: Lelah

Nurindah cuba memahami soalan Maryam.Maryam yang bakal menduduki UPSR sabar menunggu Nurindah.Pelajar-pelajar yang lain menyalin karangan yang Nurindah tulis di papan putih.Namun ada yang berborak, bergaduh hingga sesekali Nurindah terpaksa menegur, “Shhhh....”

“Cikgu!!Tengok Najmi ni curi pemadam saya.”Baiti menjerit memukul tangan Najmi dengan pembaris.

“Apa hal pula?” Keadaan kelas mula bertukar menjadi riuh rendah.

“Dia cakap saya senget cikgu.”Najmi tidak mahu mengalah, ditepisnya tangan Baiti.

“Hangpa ni tatau hormat cikgu langsung.”Ada suara menyampuk.

“Baiti gedik cikgu.”Dan suara-suara tersebut bertambah ramai.

Nurindah menggeleng kepala.Kelas seperti mahu pecah apabila Baiti dan Najmi saling menolak meja sambil menjerit-jerit.

“Sudah.Hentikan.”Suara Nurindah tenggelam timbul.

“Hentikan Baiti,Najmi!”Suara Nurindah tenggelam dalam jeritan pelajar-pelajarnya. Suara mereka yang terlibat dan suara-suara saksi bercampur baur.

Keadaan menjadi semakin genting saat Najmi mengangkat kerusi dengan niat mahu menghempas ke arah Baiti yang berlari ke sudut kelas.

“NAK BERGADUH KELUAR!!!!!”

Suasana menjadi senyap serta merta.Nurindah tercungap-cungap.”Kalau nak bergaduh sila keluar!”Nada suaranya direndahkan semula.

Najmi perlahan-lahan menurunkan kerusi merah.Manakala pelajar-pelajar yang lain terdiam.Mungkin terkejut mendengar Nurindah menjerit tadi.

Bunyi loceng pukul 11 malam bordering.Menandakan waktu untuk pelajar-pelajar tidur.

Nurindah menarik nafas, buku-buku dicapainya satu-satu.Mula mengemas untuk pulang. “Dah, kelas dah habis.Pergi tidur.”Katanya perlahan.

“Tengok cikgu dah marah.”Rizal bersuara separuh membebel.

“Gedik sangat.”Sampuk yang lain.

“Dah, dah.Pergi masuk bilik dan tidur.”Nurindah cuba mengawal perasaan, sebenarnya dia sedikit kecewa.Namun dia sedar mereka masih lagi mentah dan dia sendiri masih lagi naïf.Belum bijak mengawal budak-budak.

Sampai di rumah Nurindah menghempaskan dirinya di atas katil.Nafasnya masih lagi turun naik.Tangannya masih lagi menggigil.Mungkin lama benar dia tidak menjerit seperti tadi.Dia mencapai air mineral di atas meja, diteguknya.Air yang penuh satu liter tinggal separuh.

Lelah.Dia benar-benar lelah kali ini.

No comments:

Post a Comment