Aug 27, 2009

Entri 13:Siapa tahu

Lelaki tua yang seperti kurang siuman itu, memunggah sampah dan berbau busuk.Semua orang melarikan diri apabila dia mendekati.Siapa tahu, dia sebenarnya seorang ayah yang bertanggungjawab yang sanggup melakukan apa sahaja yang halal demi keluarganya.

Dan seorang lagi lelaki kacak, berbau harum berpakaian rapi.Semua orang tertarik, siapa tahu yang dia tidak pernah ambil peduli tentang tanggungjawabnya.

Dia seorang wanita yang cantik, lemah lembut .Semua orang terpikat padanya, tapi siapa tahu dia sentiasa menduakan suaminya dan tidak pernah bersyukur dengan apa yang dimilikinya

Dan seorang wanita lagi…buruk dan dia bukanlah wanita idaman, semua orang mahu menjauhinya tapi siapa tahu dia sebenarnya dia penghuni syurga.

Siapa tahu kan?Kerana semuanya soal hati…

2 comments:

  1. akhirnye..lamanye nk tggu next entry ek.. bz ker unid?

    ReplyDelete
  2. thanks sebab sudi baca.Lambat sikit sebab review dulu.

    ReplyDelete