Skip to main content

Entri 14: Tangan

Sudah dua tiga hari Nurindah tidak betah melakukan kerja.Pergelangan tangannya seperti tergeliat.Seksanya lagi bertambah apabila terpaksa memusing stereng ketika memandu.
“Pergilah berurut dekat Tuk Ngah.”Sang ibu mula bising.”Suruh Nana temankan.”
Awan berarak mendung pabila Nurindah dan Nurina berjalan melalui lorong kampung pagi itu. Beberapa ekor kambing mengembek sambil mengunyah rumput seolah-olah risau dengan keadaan cuaca.
“Jauh lagi ke rumahnya Nana?”Tanya Nurindah.Terasa silap tidak memandu, pada mulanya dia fikir mahu ambil angin berjalan-jalan di keliling kampung.
“Tak adalah Long. Tu...”Nurina menuding ke arah rumah batu kecil yang agak terpinggir di suatu kawasan lapang.Beberapa ekor lembu seolah memerhatikan mereka berdua.
Nurindah berdoa apabila melintasi lembu-lembu tersebut.Harapnya baju kurung merah jambunya tidak menarik perhatian lembu-lembu tersebut.
Rumah itu kelihatannya sunyi sekali.Bahagian depannya dipenuhi habuk-habuk dan tahi burung seperti tidak disapu.
Mata Nurindahmelilau.Pintu ditutup dan sunyi sekali.”Ada orang ke ni?”
Nurina mendekati sambil mengucap salam sekali.Tidak ada jawapan.Mereka mendekati bahagian dapur, dan mengucap salam lagi.
Kedengaran suara perempuan tua sayup-sayup mengalunkan ayat suci Al Quran.
Nurindah dan Nurina berpandangan.Mengganggukah mereka?
“Tuk Ngah tinggal seorang saja ke dik?”
“Tak.Dengan anaknya.Anaknya kurang siuman.”Jawab Nana.
“Huh?”Nurindah menjegilkan mata.
“Adik selalu kalau datang adik diam saja.Takut dia mengamuk.”Beritahu Nurina.
“Macam nak hujan saja.”Suara lelaki garau menegur , Nurindah berpaling. Seorang lelaki tua dengan rambut beruban tercegat di tepi pintu.
“Tuk Ngah?”Nurindah seakan berbisik ke Nurina.
Nurina menggeleng laju.”Bukan.Tula anak dia yang kurang-“
“Shhh..”Nurindah memegang bahu adiknya.Mereka berdua sama-sama berpaling membelakangi lelaki tersebut.Nurindah berpura-pura memandang langit.Aduh apa yang dibuatnya ni.Hatinya berdegup ketakutan.Aduh bukankah bersangka buruk itu tidak baik?Hatinya bercampur baur.
“Umm..macam nak hujan lebat.”Jawab Nurindah, mahu melindungi ketakutannya.
“Lama tunggu.Tuk Ngah baca quran tadi.”
Hati Nurindah lega apabila mendengar suara perempuan tua yang dikenali sebagai Tuk Ngah.
“Masuklah.”Tuk Ngah menjemput.”Baru tadi ingatkan nak habiskan satu juzuk pagi ni.Tak sempat juga.” Dia menyendal pintu supaya terbuka.
Nurindah dan Nurina masuk ke ruang tamu perlahan-lahan.Berhabuk.Humm...tinggal sebagai orang tua tentu memenatkan untuk menguruskan rumah.
“Kenapa?”
“Tangan saya sakit Tuk Ngah.Mungkin tergeliat sikit.”Beritahu Nurindah.
Tuk Ngah mengangguk-ngangguk.”Mungkin urat lari sikit.”Dia menarik piring kecil yang berisi minyak dari bawah kerusi.
“Mari sini nak tengok.”
Nurindah menghulurkan tangan kanannya.Sambi membelek-belek tangan Nurindah, Tuk Ngah meminta maaf atas kelewatannya membuka pintu tadi.”Tatau lah sempat khatamkan Al-Quran ke tak.Humm...Al-Quran ni kalau ada kena baca, kalau tak nanti di akhirat dituntutnya.”
Jari Tuk Ngah memicit pergelangan tangan Nurindah.”Aduh”.Dahi Nurindah berkerut.
“Sakit?”
“Sikit saja.”Nurindah dari awal lagi sudah diberi amaran oleh Nurina dan ibu; mengurut anggota yang tergeliat memang agak sakit.
Tuk Ngah tersenyum sambil melumur minyak ke tangan Nurindah.”Humm..urat keras ni.Sini tengok tangan kiri pula?”
Nurindah menghulurkan tangan kirinya.Tuk Ngah mengurut tangan kiri.”Yang ini tak keras, yang ini okay.”Dia membandingkan.
“Biasalah...tangan kanan banyak buat kerja.”Nurindah menyahut.
Tuk Ngah mencapai tangan kanan semula.Diurutnya.”Mudah dapat kerja ni.”Dia seperti berbisik apabila mengurut tapak tangan kanan Nurindah.
“Apa?”Nurindah cuba menangkap apa yang dibisikkan Tuk Ngah.
Tuk Ngah ketawa kecil.”Tak ada apa.Tangan macam anak ini seperti mudah dapat kerja.”Tuk Ngah memicit pergelangan tangan Nurindah.”Tapi itulah orang-orang tua cakap.Belum tentu betul pun.”
Nurindah mengangguk.Membiarkan Tuk Ngah mengurut tangannya.
“Nah...cuba gerakkan tangan macam ini.” Tuk Ngah menyuruh.”Sakit lagi?”
“Kurang.”
“Humm..dah masuk balik yang lari tuh.Sakit tuh sakit sebab bekas dia. “ Tuk Ngah mengakhiri urutannya.
“Terima kasih ya Tuk Ngah.”Nurindah menghulurkan duit.Tuk Ngah tak pernah minta apa-apa bayaran.Dia terima sahaja jika diberi.
Hujan mula turun lebat saat Nurindah dan Nurina berangkat pulang.Mereka berdua berlari-lari anak sambil ketawa.
Kambing-kambing yang ditambat tadi mengembek kecemasan apabila hujan mula menimpa.
“Alamak kasihannya kambing ni.Cepat Nana kita lepaskan.”Nurindah menghampiri kambing-kambing yang kelihatan kalut.
“Along, itu kambing orang Long.Cepat jom balik.”Nurina cepat-cepat menarik tangan kakaknya.
“Oohh...ya.”Nurindah tertawa dengan kebodohannya.Hujan makin lebat, mereka berlari melintasi sebuah rumah yang memasang radio dengan kuat, lagu Hindustan.Dan saat mereka sampai di rumah, ibu tercegat berdiri di muka pintu sambil tersenyum.

Comments

Popular posts from this blog

Entri 103 : Hidup itu sendiri

Antara nikmat yang paling besar dan kebanyakan manusia lupa ialah peluang untuk hidup sebagai manusia. Walaupun secanggih mana pun sel sperma dan ovum, seberapa kompleksnya sistem nukleus atau seringkas mana pun ianya masih tidak sama dengan manusia. Manusia walaupun berasal dari ovum dan sperma, kita masih tidak dapat berkomunikasi dengan sel asal kita ini seperti mana kita bersembang dengan kawan kita sambil makan roti canai di pagi hari. Bukankah sepatutnya kita lagi kenal asal kita? Malah sebanyak mana pun memori otak, kita tidak dapat ingat kembali kehidupan kita di masa kita masih sperma atau ovum atau embrio. Kerana sperma, ovum atau sel-sel sewaktu dengannya tidak diutuskan ke muka bumi ini untuk menjadi pemimpin.Hanya manusia hasil dari kejayaan sperma bertemu ovum dan menjadi embrio. Dan embrio berjaya menjadi seorang bayi saat seorang ibu memilih dan berdoa untuk manusia biarpun muntah-muntah, tak lena tidur malah tidak dapat melihat kaki sendiri ketika berjalan.

Etri 133 : __ Yag Hilag

Pagi ii perlu ke kliik gigi.Perkara pertama di pagi Sabtu di bula Disember. Ruti tahua. Umur umur begii dia tidak mahu kehilaga gigiya. "Gigi bogsu awak perlu dicabut. Tak apa, ambil masa utuk berfikir cuma jaga lama sagat. Takut ati merebak." asihat doktor setelah memberi pejelasa pajag lebar. Diam. Ii kali kedua dia medapat asihat yag  dari doktor yag berbeza.Cuma doktor yag sebelum ii kurag pejelasa. Cuma ditaya samada ak cabut atau tidak? Tetulah tak ak! Saat doktor memeriksa da mecuci gigiya, fikiraya melayag. Dia melihat jam didig hitam dega ombor juga berwara hita.Terus terag, ombor itu hitam da lagsug  tidak kelihata. Yag kelihata haya jarum jam, miit da saat. Tapi dia sudah tahu pukul berapa tapa melihat ombor. Dia sudah biasa dega jam tapa perlu melihat ombor lagi.Cukup dega jarum. Hummm ... ombor atau jarum yag petig? Jam digital tidak perluka jarum.Jadi jarum mejadi tidak petig. Petigkah permasalaha jam ii? Tidak petig!! Tetapi utuk megalihka perasaa seria

Entri 85 : Impian

Apa impian mu? Impianku pulang ke kampung, menjaga orang tuaku tanpa risau tentang duit atau hutang. Kamu tidak ingin bernikah? Ya.Aku ingin menikah tapi yang penting impianku mahu menjaga kedua ibu bapaku.Itu yang pasti.Semua orang yang lahir belum tentu akan bernikah di dunia ini.Tapi semuanya pasti mempunyai ibu bapa.Ramai yang mendirikan rumah tangga tapi terlupa kebajikan ibu bapa di kampung.Pulang hanya sewaktu ibu sakit atau hari raya.Kalau sudah berkahwin, tergantung pula rumah mertua di mana.Jika tidak pulang, berapa kerap yang selalu menelefon orang tua bertanya khabar?Selalu call bilamana ada kecemasan sahaja. Padahal masing masing tahu betapa susahnya ibu bapa memelihara kita dahulu seperti mana kita berasa susah memelihara anak kita sekarang.Sayang, saat kita sibuk membina keluarga, kita meninggalkan keluarga kita.Aku tak mahu itu.Sekarang aku bujang,tinggal berjauhan.Jika berdekatan juga aku akan sibuk bekerja.Bayangkan sekarang sebelum kahwin aku tidak ada masa u