Jan 16, 2010

Entri 18: Materi

Nurindah keletihan saat dia mengangkut barang masuk ke rumahnya di tingkat tiga. Dua tiga hari ini kerjanya mengangkut barang sahaja hingga dia terasa seperti jantungnya seperti mahu berhenti.Jika dia kaya, mungkin dia ada pembantu untuk menolong dia saat-saat begini.

Kelihatan seorang lelaki seperti berlegar-legar di pintu rumah jirannya.Nurindah buat tidak peduli sehinggalah lelaki tersebut bertanya, “ Kakak, rumah ini ada olang kah?”

Nurindah terpinga-pinga, dia sendiri tidak perasan.”Umm..rasanya ada.” Dia sendiri baru pindah, tapi dia tahu rumah di sebelahnya berpenghuni, satu keluarga dengan anak-anak yang masih lagi kecil.

“Dua tiga hari ini rumah ini ada olang kah?” Lelaki itu bertanya, merenung tepat ke arah Nurindah.

Nurindah gugup.”Maaf , tak perasan pula saya. Kenapa?” Dan dia terlanjur bertanya kenapa, padahal tak sepatutnya dia mengambil tahu hal orang. “ Opps.. maaf.” Nurindah serba salah apabila melihat muka lelaki tersebut seperti serba salah.

Lelaki itu diam lama.Kemudian dia menjawab, “ Dia ada hutang sama kita olang.”

“Ohh..” Nurindah gugup. Pelbagai persoalan di kepalanya.

“Sudah dua tiga hari dia matikan handphone.Kelmarin saya call dia cakap mau bayar pagi ni, pukul sebelas. Sekalang rumah pun kosong.”

Nurindah mendengar, dia sendiri tidak pasti apa perasaanya ketika itu.

“Tak apalah kak.”Nurindah sendiri tak perasan bila lelaki tersebut pergi meninggalkannya.

Duit. Siapa bilang duit bukan segala-galanya. Duit adalah raja. Kawan akan datang menolong jika ada harta. Saat kita lemah , kita akan ditinggalkan lemah. Seperti anak-anak helang, yang kuat sahaja yang layak hidup.Sebenarnya duit adalah sahabat yang paling baik.Duit sahaja yang boleh menjaganya kala sendiri.

Itu adalah fakta, Nurindah sendiri sedar, jika dia tak berduit, belum tentu dia dipandang. Sebab itu dia berusaha keras dari kecil hingga sekarang, kerana duit dan kemuliaan.

Hipokrit lah jika orang mengatakan duit adalah sampah. Ya , mungkin sampah.Tetapi manusia yang mengagungkannya. Kasih sayang kosong tanpa duit. Kasih sayang tak boleh beri makan, kasih sayang tak boleh beri pelajaran, segalanya kosong tanpa duit bukan?

Beberapa kawanan burung bangau memutih terbang melintasi jalan saat dia memandu pulang ke kampung. Nurindah menarik nafas.Dunia ini tidaklah seindah pandangan mata.

Selamat datang ke dunia materi, Nurindah.

No comments:

Post a Comment