Jan 9, 2010

Entri 17 : Seperti mimpi

Mesej-mesej bermula atas nama persahabatan sehinggalah panggilan sayang membuatkan Nurindah tidak tenteram.Dia tidak mahu melayan tetapi tidak mahu digelar sombong.
Baginya, cinta tanpa melihat adalah bohong.Kerana fitrah manusia adalah materi.Lelaki tidak boleh dipercayai sama juga seperti perempuan kerana kita adalah manusia biasa.

Berulangkali dia mempersoalkan mengapa sang arjuna itu berani betul melontarkan puisi-puisi cinta yang dia sendiri tidak pernah dengar dan faham.Seperti di dalam mimpi, dia menyedarkan dirinya sendiri.
Jangan Ya Laila
Jangan terpedaya
Apa yang kau lihat semuanya dusta
Dusta yang fana pada Ya Laila
Cinta yang fana tiada pengubat
Jiwa mu yang lara
-Yassin

“Usahlah kau tertipu wahai Laila.”Pesannya kepada diri sendiri.Sayang yang terlampau singkat hinggap akan terbang dengan mudahnya.Seperti helang menangkap sang arnab, dan dia tidak mahu menjadi mangsa.Menaruh hati pada tempat yang tidak ketahuan akan membawa padah.

Dan akhirnya mimpi berakhir juga saat dia mendiamkan diri pabila dia bertemu dengan sang arjuna.

Dia diam terkedu.Sudah dijangka memang dia tidak serasi, dan dia memang tidak tahu menyembunyikan ketidakselesaannya.

Dan akhirnya sang helang terbang. Sang arnab lega, selamat.

Jika benar itu sang helang memang dia selamat, tetapi jika itu sang pari-pari maka dialah yang rugi.

Maka berhari-hari Nurindah menilai diri, mungkin sebagai manusia mungkin tanpa disedari dia menyakiti hati manusia lain.Dia memang tidak betah dengan ayat-ayat cinta. Mungkin kerana hidupnya sentiasa gelap jadi dia sudah senang menjadi buta.
Biarlah dia menjadi buta di dalam dunia yang sedia gelap dari celik tapi tak dapat melihat apa-apa.

Di dalam dunia ini, mungkin ada yang kita memang tidak terdaya melakukan apa-apa.Dia lega apabila membuka mata, yang tadi itu hanyalah mimpi.

No comments:

Post a Comment